Halloween party ideas 2015

Sidang Media: Stacy Peluk Islam Kerans Rela, Maafkan Penyebar Video | Penyanyi yang popular dengan lagu 'Not For Sale', Stacy, 25, hari ini mengesahkan beliau telah memeluk Islam sekitar 10 pagi di pejabat Jabatan Agama Islam Johor di Johor Bahru semalam.

Sidang Media: Stacy Peluk Islam Kerans Rela, Maafkan Penyebar Video

Stacy atau nama Islamnya, Ummu Syaikhah Stacy Anam, dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Astro di sini petang tadi turut menegaskan bahawa keputusannya untuk memeluk Islam dibuat atas kerelaan hati sendiri dan bukan atas sebab-sebab yang lain.

Penyanyi lagu 'Jahat' itu juga menyatakan kekesalan beliau atas penyebaran video serta gambar-gambar beliau ketika mengucapkan dua kalimah syahadah, dan menganggap penyebaran itu sebagai mengganggu privasi dirinya.

"Saya memeluk Islam setelah mengkaji serta mempelajari agama itu, bukannya kerana sebab ingin berkahwin seperti yang didakwa sesetengah pihak dan perkara ini sudah dimaklum juga difahami kedua-dua ibu bapa dan keluarga.

"Perbuatan menyebarkan video dan gambar-gambar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu telah memberi tekanan kepada kami sekeluarga ekoran komen-komen negatif yang ditulis oleh mereka yang melihatnya," kata Stacy yang ditemani kedua-dua ibu bapanya, Anam Bayar dan Agnes Kallos.

Stacy menjelaskan, dia telah memaafkan individu yang bertanggungjawab itu, namun begitu beliau menyerahkan kepada pihak pengurusnya bagi memutuskan sama ada mahu mengambil tindakan perundangan atau tidak.

Stacy dan kedua-dua ibu bapanya turut menafikan dengan keras bahawa keluarganya menghalang dirinya untuk memeluk Islam sebelum ini.

Mereka menjelaskan bahawa keluarganya tidak mahu Stacy memeluk Islam selain daripada kerana pilihan dirinya sendiri.

Kata Stacy lagi, kedua-dua ibu bapa beliau turut bersama ketika majlis itu diadakan.

Stacy turut menafikan dia memeluk Islam bukan kerana dia mahu berkahwin tetapi kerana kerelaan hatinya sendiri.

Kata beliau, jika dia mahu memeluk Islam untuk berkahwin lebih baik dia melakukannya apabila dia hampir untuk perkahwinan.

Menurt Stacy pula, dia sememang mahu beragama. Dia memeluk agama Kristian sebelum ini untuk memenuhkan keinginan hatinya.

Sejak mencecah usia 24 tahun, beliau mula mempelajari dan mengkaji mengenai Islam. Semalam merupakan hari beliau dengan rasmi memeluk Islam.

Pun begitu, Stacy agak terkilan dengan penyebaran video dia mengucapkan dua kalimah syahadah di Johor Bahru kerana merasakan privasinya telah dicerobohi.

sumber
utusan Online


from KeZooM http://ift.tt/1KgXo9b
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.