Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Jam 6.30 pagi tadi dalam program mingguan Al Jazeera 101 East telah disiarkan satu dokumentari khas dengan tajuk 'Murder in Malaysia'..

Ianya mengisahkan tentang pembunuhan gadis Mongolia yang mana telah dijumpai dibunuh dan mayatnya telah diletupkan dengan bahan letupan C4 yang hanya dimiliki oleh pihak tentera.

Dan mendapat reaksi segera dari Putrajaya..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah kenal, bertemu atau berkomunikasi dengan Altantuya Shaariibuu, kata Putrajaya dalam responsnya kepada sebuah dokumentari baru diterbitkan Al Jazeera berhubung pembunuhan wanita Mongolia itu pada 2006.

"Perdana menteri tidak tahu, tidak pernah bertemu, tidak pernah mempunyai sebarang komunikasi dan tiada kaitan sama sekali dengan si mati. "Kedua-dua individu yang disabitkan bukan pengawal peribadi perdana menteri. Tuduhan itu sengaja bertujuan mengelirukan dan digunakan untuk mengekalkan teori konspirasi yang tidak berasas," kata seorang jurucakap kerajaan, merujuk kepada bekas anggota polis Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri. Putrajaya berkata, sepanjang proses penyiasatan polis dalam kes pembunuhan itu serta perbicaraan mahkamah yang panjang, tiada bukti Najib melakukan sebarang kesalahan. Ia berkata, ini kerana "keseluruhan dakwaan itu satu perbuatan memburuk-burukkan yang palsu, didorong keuntungan politik". "Musuh-musuh politik dan sekutu media mereka cuba menyerang perdana menteri dalam isu ini selama bertahun-tahun." Kerajaan berkata, Altantuya tidak pernah terlibat dalam pembelian kapal selam Scorpene berharga berbilion ringgit oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Pembelian itu menjadi perhatian beberapa tahun lalu kerana didakwa melibatkan bayaran komisyen €114 juta (RM500 juta) kepada Perimekar Sdn Bhd, anak syarikat KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana isteri pembantu Najib, Abdul Razak Baginda, adalah pemegang saham utamanya. Razak, kekasih Altantuya, dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dalam kes pembunuhan itu. "Pembelian ini dirundingkan secara langsung antara kerajaan Malaysia dan Perancis. Perimekar 40% dimiliki Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia (LTAT), sebuah badan berkanun kerajaan yang dihormati," kata jurucakap kerajaan itu. "Perimekar dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk mengendalikan semua logistik, latihan dan penyelarasan bagi pihak TLDM." - See more at: http://ift.tt/1M0HK0J

from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1M0HHly

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.