Tawar Hati, Linda Rafar Serah Borang Lafaz Cerai Di Mahkamah Shah Alam Hari Ini | Bekas anggota kumpulan Elite, Linda Rafar akhirnya muncul di Mahkamah Rendah Syariah di sini untuk menyerahkan borang pengesahan lafaz cerai pada Jumaat.
Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar, 37, tiba di kaunter pejabat pendaftar mahkamah kira-kira pukul 9.30 pagi ditemani oleh tiga kenalannya.
Terdahulu, Linda memberitahu akan hadir ke mahkamah pada Rabu lalu namun gagal menghadirkan diri kerana tidak sihat.
Linda mendedahkan suaminya, Syed Aiman melafazkan cerai terhadapnya di kediaman mereka di sini kira-kira pukul 7.30 pagi Selasa lalu.
Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Sementara itu, Linda ketika ditemui media berkata, dia berharap suaminya bertanggungjawab dan bukannya berterusan menafikan kejadian itu.
Bagaimanapun kata Linda, dia reda dengan apa yang berlaku dan terus tabah menghadapi dugaan demi anak-anak dan kandungannya yang kini memasuki usia tiga bulan.
"Saya cuma minta satu iaitu dia (Syed Aiman) bertanggungjawab dengan perbuatannya dan buang ego.
"Saya fobia dengan apa yang berlaku tetapi anak-anak kekuatan saya dan ini adalah dugaan daripada Allah," katanya.
Terdahulu menerusi laporan akhbar pada Jumaat, Syed Aiman mengakui dia masih sayangkan keluarganya dan menafikan telah melakukan lafaz cerai terhadap isterinya itu.
Mengikut peraturan Islam, lafaz cerai yang dilakukan suami ketika isteri sedang mengandung hanya jatuh talak selepas isteri melahirkan anak.
Syed Aiman dan Linda berkahwin pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Syed Rezaqiib, 6, dan Syed Rezariiq, 3.
Bagi perkahwinan pertamanya dengan Keifki Othman, mereka mendapat dua orang anak iaitu Rezaril Keiflin, 14, dan Rezaiman Keiflin, 12.
Bagaimanapun pada Julai tahun lalu, Rezaimen Keiflin (Memen) meninggal dunia akibat ketumbukan kronik dalam perut.
sumber
http://ift.tt/1ii7k82

from KeZooM http://ift.tt/1UKLOEu
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself