Halloween party ideas 2015

Amaran Air Pasang Besar Di Tok Bali & Genting : Penduduk yang berada di persisiran pantai masih perlu bersiap sedia menghadapi air pasang besar di dua pesisiran pantai utama di Kelantan iaitu di Tok Bali dan Genting.

Amaran Air Pasang Besar Di Tok Bali & Genting

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Ir Shahimi Sharif berkata, jangkaan pasang surut laut dibuat berdasarkan Jadual Pasang Surut Air Laut yang dikeluarkan Jabatan Laut.

“Pasang surut laut ini boleh dilihat di dua pelabuhan di negeri ini iaitu di Pelabuhan Tok Bali, Pasir Puteh dan Genting, Tumpat.

“Pasang surut laut ini berlaku selepas jam 10 malam, dari 26 hingga 28 Disember. Sebagai contoh, fenomena pada 27 Disember di stesen Genting, waktu paras air pasang tinggi ialah dari jam 10.53 malam, manakala di Tok Bali bagi tarikh sama, waktu air pasang besar pada jam 10.21 malam,” katanya lapor Sinar Harian, semalam.

Keadaan itu menunjukkan kebimbangan rakyat Kelantan terhadap berlakunya banjir tahun ini masih belum berakhir berdasarkan ramalan air pasang besar dijangka boleh berlaku bermula 25 Disember hingga 28 Disember ini.

Ir Shahimi berkata, paras air pula bergantung kepada amaran angin ribut dikeluarkan Jabatan Meteorologi dari semasa ke semasa termasuk di laman sosial, manakala bacaan pula dikawal Jabatan Laut.

“Paras tinggi ini biasanya melibatkan ombak boleh naik dari satu hingga tiga meter dan jika berlaku ribut yang sangat kuat, ombak boleh jadi tinggi hingga mencecah paras 4.5 meter.

“Sekiranya berlaku hujan lebat di kawasan Hulu Kelantan selama tiga hari berpanjangan tanpa henti, sebelum air pasang, kalau hujan di tepi pantai, kemungkinan tidak akan banjir sebab air dapat mengalir cepat ke laut,” katanya.

Bagaimanapun katanya, selepas tiga hari, aliran tiba di muara sungai dan bertembung dengan pasang tinggi, jika aliran tersekat dan melimpahi tebing sungai, barulah berlaku banjir.

Sementara itu, berdasarkan laman sesawang Jabatan Meteorologi, di Kelantan diramalkan mendung pada waktu pagi dari 29 Disember, manakala dijangka hujan di satu dua tempat pada waktu petang, juga diramalkan mendung atau hujan pada waktu malam sehingga 2 Januari ini.

Bagaimanapun, sumber Jabatan Meteorologi berkata, berkemungkinan berlaku hujan lebat pada 31 Disember ini, namun pihaknya akan mengeluarkan amaran jika ramalan itu berlaku.

sumber
http://ift.tt/1mlrHlX


from KeZooM http://ift.tt/1QVsXcD
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.