Halloween party ideas 2015

Hilang Note4 Beserta Software Bernilai Rm100K, Bapa Suruh Polis Tahan Anak : Seorang bapa meminta polis menahan anaknya selepas anaknya itu mencuri telefon bimbit miliknya yang mengandungi perisian bernilai lebih RM100,000, Ahad lalu.

Hilang Note4 Beserta Software Bernilai Rm100K, Bapa Suruh Polis Tahan Anak

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang berusia 46 tahun dan bekerja di syarikat telekomunikasi menyedari telefon bimbitnya hilang selepas pulang ke rumahnya di Setiawangsa.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pada awalnya mangsa mengesyaki rumahnya dipecah masuk sebelum menghubungi polis.

"Hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan pecah masuk sebelum mangsa meminta polis menahan anak ketiganya yang berusia 14 tahun kerana disyaki mencuri telefon bimbit jenis Samsung Note 4.

"Pada Isnin lalu, suspek ditahan di Wangsa Walk pada 12 tengah hari. Hasil siasatan awal mendapati, suspek sudah menjual telefon bimbit berkenaan dengan harga RM400.

"Susulan itu, polis turut menangkap dua lagi rakan suspek yang berusia 20 dan 27 tahun untuk membantu siasatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

Menurutnya, telefon berkenaan masih belum ditemui dan kes disiasat mengiku Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

sumber
http://ift.tt/1mnXe79?


from KeZooM http://ift.tt/1k2vEdT
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.