Halloween party ideas 2015

Kerana Solat DiTaman, Muslim US DiMaki & DiSimbah Kopi: Islamophobia!!! Seorang kakitangan awam California, Denise Slader, dilihat melontarkan kata-kata anti-Islam terhadap sekumpulan orang Islam yang bersolat di taman berhampiran Tasik Chabot hujung minggu lalu.

Kerana Solat DiTaman, Muslim US DiMaki & DiSimbah Kopi

Rakaman video salah seorang mangsa, Rasheed Albeshari, menunjukkan wanita itu bersuara lantang ke arah kumpulan tersebut sambil menyatakan bahawa mereka telah “menyeksa” orang lain dan telah “dibrainwash”.

Seorang renjer taman muncul untuk menenangkan keadaan, namun Slader naik berang dan menyerang Albeshari kerana masih meneruskan rakaman.

Albeshari mendakwa dirinya turut disimbah kopi dan dipukul dengan payung.

Susulan kejadian itu, Albeshari memuat naik video berkenaan di laman Facebooknya yang kini telah menjana kira-kira 278,000 tontonan.

Menurut Albeshari, beliau bersama beberapa orang rakan pada asalnya ke taman tersebut untuk bermain bola tampar dan menjalankan sesi BBQ.

Albeshari berada di dalam kereta apabila Slader mendekati rakan-rakan beliau yang baru selesai solat. Beliau mendakwa Slader bertanya adakah mereka mempercayai Jesus.

Mereka menjawab ya malah mereka menghormati Jesus namun Slader meneruskan kutukan terhadap Islam. Ketika itulah Albeshari keluar dari kereta dan mula merakam video.


Kerana Solat Ditaman: Islamophobia!!! Seorang kakitangan awam California, Denise Slader, dilihat melontarkan kata-kata anti-Islam terhadap sekumpulan orang Islam yang bersolat di taman berhampiran Tasik Chabot hujung minggu lalu.

Muslim Dimaki & Disimbah Kopi Kerana Solat Ditaman

Rakaman video salah seorang mangsa, Rasheed Albeshari, menunjukkan wanita itu bersuara lantang ke arah kumpulan tersebut sambil menyatakan bahawa mereka telah “menyeksa” orang lain dan telah “dibrainwash”.

Seorang renjer taman muncul untuk menenangkan keadaan, namun Slader naik berang dan menyerang Albeshari kerana masih meneruskan rakaman.

Albeshari mendakwa dirinya turut disimbah kopi dan dipukul dengan payung.

Susulan kejadian itu, Albeshari memuat naik video berkenaan di laman Facebooknya yang kini telah menjana kira-kira 278,000 tontonan.

Menurut Albeshari, beliau bersama beberapa orang rakan pada asalnya ke taman tersebut untuk bermain bola tampar dan menjalankan sesi BBQ.

Albeshari berada di dalam kereta apabila Slader mendekati rakan-rakan beliau yang baru selesai solat. Beliau mendakwa Slader bertanya adakah mereka mempercayai Jesus.

Mereka menjawab ya malah mereka menghormati Jesus namun Slader meneruskan kutukan terhadap Islam. Ketika itulah Albeshari keluar dari kereta dan mula merakam video.

"#Islamophobia After praying, this lady approached us and started yelling at us that we're brainwashed for believing in Allah, "Allah is evil" she said. I started video taping her, I ,also, was hit by an umbrella before taking a shower of coffee right on my face. And what happened next was this.."Tulis Rasheed Albeshari di Facebooknya.

Selepas kejadian itu, Slader ke balai polis untuk menjelaskan keadaan dirinya sebagai mangsa dalam kejadian tersebut kerana Albeshari merakamnya di tempat awam tanpa kebenaran.

Ketika ditemubual oleh saluran televisyen tempatan KTVU, Slader mempertahankan tindakannya.

“Tuhan yang mereka sembah di taman itu secara terbuka, bukan tuhan sebenar, tetapi syaitan,” ujar Slader sambil menambah, “Nampaknya sudah tidak ada kebebasan bersuara.”

Sementara itu, Albeshari berharap agar Slader menghadapi pertuduhan di atas tindakannya yang nyata sekali merupakan jenayah kebencian.

Walau bagaimanapun, Albeshari menegaskan individu seperti Slader tidak mewakili rakyat Amerika secara keseluruhan.

"Ini cuma minoriti kecil Amerika. Ini bukan kita yang sebenar. Itu saya tahu," ujar Albeshari.

sumber
http://ift.tt/1NfTEVo


from KeZooM http://ift.tt/1NfTEF9
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.