Halloween party ideas 2015

Ku, Tunggu Patik Ku -Nomad : Nomad menerusi Instagramnya berkongsi rasa sedih di atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim yang diketahui umum begitu rapat dengannya.


Melalui akaun Instagramnya, Nomad memuatnaik gambarnya bersama Tunku Abdul Jalil yang pernah dimuatnaiknya ketika sambutan hari lahir Almarhum, Julai lalu dengan mesej yang menyayat hati.

"Innalillahiwainnailaihirojiun...Ya ALLAH, tempatkanlah sahabatku di kalangan orang-orang yang terpuji. Al-Fatihah.

"Saya sangat rindukan Ku (Tunku)... sangat rindu. Saya kehilangan bos saya, abang saya, raja saya. Kami sayang Ku.

"Ku, tunggu patik, Ku. Patik nak tengok Ku buat kali terakhir. Al-Fatihah," tulisnya, malam tadi.

Sejak berita kemangkatannya tersebar malam tadi, laman sosial dibanjiri ucapan takziah dan rata-rata rakyat di negara ini terutama dari negeri Johor berduka atas kehilangan permata Johor itu.

Kira-kira tiga minggu lalu, Nomad ada memuatnaik gambarnya menziarahi Almarhum di hospital.

"Semoga cepat sembuh my boss, YAM TLJ, Tunku Jalil. Kami doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar.

"Kami rindu lawak Ku. 'Be strong Ku!," tulisnya.

Tunku Abdul Jalil dilihat sering memuatnaik gambarnya beraktiviti bersama Nomad di laman Instagram.

Mangkat pada usia 25 tahun selepas menderita kanser hati tahap empat, Almarhum sempat menjalani rawatan pemindahan hati di China sebelum ini.

Putera keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ini terkenal dengan sifat mudah mesranya dan sangat disenangi rakyat jelata.

sumber
http://ift.tt/1N4d3IR


from KeZooM http://ift.tt/1QnNe8W
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.