Halloween party ideas 2015

Lelaki Ceroboh Istana Mahu Jumpa Sultan | Seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan polis selepas menceroboh kawasan Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, pada tengahari Jumaat.

Lelaki Ceroboh Istana Mahu Jumpa Sultan

Suspek bagaimanapun berjaya ditahan anggota Askar Timbalan Setia Negeri.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, ketika kejadian, suspek memasuki pintu utama Istana Pasir pelangi sebelum ditangkap pada jarak 50 meter dari pagar utama.

“Dia masuk melalui main gate (pagar utama), so dapat ceroboh jugalah,. Dengan segera saya minta OCPD untuk meningkatkan rondaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di Johor Bahru semalam.

Motif sebenar pencerobohan masih  dalam siasatan.

Bagaimanapun, siasatan awal mendapati suspek menceroboh kawasan istana dengan niat mahu berjumpa dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Suspek yang merupakan seorang penganggur itu mempunyai rekod polis dan masih dalam siasatan mengikut seksyen 186, iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada Ogos lalu.
Suspek kini ditahan reman selama 4 hari sehingga Ahad dan disiasat mengikut seksyen 448 Kanun Keseksaan.

sumber

from KeZooM http://ift.tt/1OYkSk0
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.