LUAHAN HATI A GALAK : Sedih juga membaca kenyataan A Galak bila di tanya tentang kurangnya pengelibatan beliau dalam industri hiburan sejak kebelakangan ini.
Menurut A Galak, kekurangannya muncul dalam drama dan filem selain Gerak Khas adalah disebabkan dirinya dianggap tidak relevan untuk memegang watak selain anggota polis.
A Galak atau nama sebenarnya, Zakaria Ahmad, 74, berkata, biarpun sudah 13 tahun terlibat dalam drama kepolisan itu, namun dia juga mampu membawakan watak lain jika diberi peluang.
"Saya boleh bawa watak lain selain jadi anggota polis sebelum ini pun saya banyak bawa watak jahat seperti dalam filem Azura, Darah Satria dan Bayangan Maut.
"Mungkin saya sudah tidak relevan lagi, itu yang dia orang tidak panggil saya berlakon, selain itu produksi luar juga menyangka saya hanya bekerja dengan Skop Production sahaja. Tapi sebenarnya syarikat itu sahaja yang beri tawaran lakonan kepada saya," ujarnya.
A Galak diminta mengulas tentang perkembangan kerjaya lakonannya yang kini mencecah 40 tahun sebagai anak seni.
Tambah pelakon yang dikenali sebagai Sarjan Misai ini, dia belum lagi terfikir untuk bersara dalam bidang lakonan selagi diberi kesihatan yang baik.
A Galak bakal membawakan watak gengster dalam filem Abang Long Fadil 2.
"Selagi saya sihat saya akan terus berlakon. Kalau saya duduk rumah sahaja pun boleh jatuh sakit kerana tidak buat apa-apa.
"Cuma saya tidak berkerja belakang tabir seperti dahulu seperti mengarah drama kerana sudah tidak larat," katanya.
Dalam pada itu, ditanya tentang peranannya dalam drama Gerak Khas, A Galak berkata, dia berbangga diberi peluang untuk mengambarkan realiti kehidupan anggota polis.
Katanya, watak Sarjan Senin dalam siri Gerak Khas itu juga memberi kesan besar dalam kehidupannya.
"Saya digambarkan sebagai seorang anggota polis berpangkat sarjan, kemudian dinaikkan pangkat, seterusnya pencen dan menjadi pemandu teksi.
"Mereka mahu menonjolkan realiti kehidupan seorang anggota polis. Saya berbangga kerana dapat berlakon dalam siri drama terpanjang iaitu sehingga 13 tahun ia bersiaran," ujarnya.
Drama Gerak Khas bersiaran setiap Jumaat, pukul 9 malam di TV2.
Selain itu, bercerita tentang perkembangan lain, A Galak berkata, dia kini sedang berlakon di bawah arahan Syafiq Yusof dalam filem Abang Long Fadil 2.
Katanya, selepas 25 tahun, dia kembali memainkan watak jahat dalam filem yang turut dilakonkan oleh pelawak Zizan Razak.
"Alhamdulillah, selepas 25 tahun watak baik sahaja, saya diberi kepercayaan oleh anak Datuk Yusof iaitu Syafiq untuk bawa watak jahat pula.
"Sekarang kami sedang proses penggambaran dan dijangka ditayangkan 2016," ujarnya.
sumber
http://ift.tt/1ZypVwq

from KeZooM http://ift.tt/1IA8Oq0
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself