Halloween party ideas 2015

Misteri Bukit Fraser: Mangsa Menjerit, Meracau Sebelum Lari Di Pine Tree Trail : Hasrat sekumpulan pelancong dari Kuala Lumpur menghabiskan masa cuti menjejaki Pine Tree Trail di Bukit Fraser bertukar tragedi apabila seorang daripada 22 pelancong terbabit sesat dalam perjalanan keluar.

Misteri Bukit Fraser: Mangsa Menjerit, Meracau Sebelum Lari Di Pine Tree Trail

Mangsa yang merupakan seorang lelaki dikatakan bersama tiga lagi rakannya tertinggal dari kumpulan berkenaan kerana seorang remaja perempuan dari kumpulan tersebut mengalami kekejangan otot.

Mangsa dikatakan telah meracau seperti dirasuk sebelum lari memasuki laluan trail meninggalkan rakannya lalu hilang.

 Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, bagaimanapun mangsa telah ditemui oleh anggota penyelamat pada jam 9 pagi tadi dan keempat-empat mereka telah dibawa turun dalam keadaan selamat.

Zahari berkata, kejadian bermula apabila sekumpulan 22 pelancong terdiri dari 12 lelaki dan 10 perempuan berumur 20 hingga 40 tahun itu telah masuk ke Pine Tree Trail tanpa pemandu pelancong.

"Pada jam lebih kurang 1 petang, kesemua mereka telah sampai ke kawasan Sungai Merah yang terletak lebih kurang lima hingga enam jam perjalanan kaki.

"Kumpulan ini kemudiannya berpecah kepada tiga kumpulan kerana ada yang mahu pulang akibat mengalami kesejukan melampau," katanya.

Dua pegawai dan 10 anggota polis terlibat dalam operasi terbabit. Operasi menyelamat tersebut turut disertai dua pegawai dan tujuh anggota Bomba dan Penyelamat.

sumber
http://ift.tt/1Zv2V1u


from KeZooM http://ift.tt/1IwzQP2
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.