Halloween party ideas 2015

Rakyat Malaysia Mati Ditembak Di Thai : Seorang ahli perniagaan warga Malaysia terbunuh manakala teman wanitanya cedera akibat terkena tembakan dilepaskan sekumpulan lelaki di Jalan Kanchanavanit, Thung Lung, di Songkhla, siang tadi.


Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika mangsa berusia 54 tahun berasal dari Alor Setar, Kedah, memandu kereta Mercedes Benz S300 bersama teman wanita berusia 40-an, dipercayai dalam perjalanan ke Hatyai.

Sumber Polis Diraja Thailand berkata, siasatan awal mendapati pasangan berkenaan dari arah Sadao menuju Hatyai apabila sekumpulan lelaki melepaskan tembakan menggunakan raifal M-16 selepas menghalang kereta dipandu mangsa terbabit.


Menurutnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan manakala teman wanitanya yang cedera, dikejarkan ke hospital berhampiran.

"Setakat ini, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung serangan terbabit bagi mengenal pasti punca kejadian," katanya.

sumber
http://ift.tt/1NuIQUN?


from KeZooM http://ift.tt/1Q53aOP
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.