Sekali Lagi Rambo Bentong Dihukum Gantung Sampai Mati | Seorang lelaki yang digelar 'Rambo Bentong' dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi, atas tuduhan membunuh kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) Bentong, Khairul Hazri Jamaludin, 31, tiga tahun lalu.
Keputusan itu dibuat Hakim, Datuk Seri Mariana Yahya terhadap tertuduh, Rabidin Satir, 45, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.
Rabidin turut didapati bersalah atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan iaitu merogol isteri mangsa dan dijatuhi hukuman masing-masing penjara 12 tahun serta empat sebatan.
Bagi pertuduhan mengikut Seksyen 4A Akta Senjata Api dia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan manakala pertuduhan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencederakan mangsa yang sama, dia terpaksa menjalani hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan.
Mariana mengarahkan semua hukuman penjara berjalan serentak selepas dia selesai menjalani hukuman penjara 133 tahun yang sedang dijalaninya kini.
Rabidin yang berasal dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh Khairul Hazri antara jam 3.50 pagi hingga jam 4.30 pagi di alamat JH2 Perumahan Jabatan Perhutanan, Jalan Tras, Bentong pada 3 November 2012.
Rabidin juga didakwa atas dua pertuduhan merogol isteri mangsa pada jam 3.50 pagi hingga jam 4.10 pagi pada tarikh dan tempat sama dan jam 4.10 pagi hingga jam 4.30 pagi pada tarikh dan tempat sama.
sumber
http://ift.tt/14frsQn 97636
from KeZooM http://ift.tt/1PC1BrI
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself