Halloween party ideas 2015

Shahrol Shiro Rancang Nikah Tahun Depan | Pelawak dan penyampai radio Era Fm, Shahrol (Shiro) merancang untuk menamatkan zaman dudanya pada tahun depan.


Bagaimanapun, Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizi Azmi, 31, belum bersedia mendedahkan identiti wanita tersebut kepada umum.

"Insya-Allah, perancangan untuk berkahwin kalau tiada aral melintang pada tahun depan. Saya mungkin akan terus kahwin dan tiada majlis bertunang.

"Saya mengenali wanita tersebut sudah dua tahun dan kalau sampai masanya saya akan beritahu kepada umum," ujarnya.

Shahrol ditemui pada sidang media Anugerah Meletop Era 2016 (AME 2016) yang diadakan di Restoran Live House, Selasa lalu.

Ditanya mengapa mengambil masa lama untuk berumah tangga semula, Shahrol berkata, dia masih trauma dengan kegagalan rumah tangga lalu.

"Bukan senang menjalani kehidupan berumah tangga, secara jujurnya saya masih trauma dan berasa takut untuk melaluinya sekali lagi.

"Kalau boleh biarlah kali ini sampai ke akhir hayat," ujarnya.

Sementara itu, Shahrol berkata, hubungannya dengan bekas isteri berakhir kira-kira lapan tahun lalu iaitu selepas tiga tahun mereka mendirikan rumah tangga.

Mereka dikurniakan anak lelaki Muhd Adam Danish, berusia tujuh tahun.

Bagaimanapun, katanya, hubungan dengan bekas isteri masih baik.

"Saya dengan bekas isteri masih baik dan saya juga sering bertemu anak saya kerana buat masa ini penjagaan anak saya serahkan pada bekas isteri.

"Dia pun belum kahwin lagi, Insya-Allah dia pun akan berkahwin dalam masa terdekat," ujarnya.

sumber
http://ift.tt/1P8HA9l


from KeZooM http://ift.tt/1lSiJgv
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.