Suspek Bunuh Kerani Sekolah Agama Di Dakwa | Seorang Penolong Pegawai Perubatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Muar didakwa atas tuduhan membunuh seorang kerani wanita sekolah agama yang mayatnya ditemukan dengan kesan jerut di leher di Taman Setia Kasih, pertengahan bulan lalu.
Zurailie Muhamad, 30, yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Syafiq Mustaza.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang tidak diwakili peguam.
Mengikut kertas pertuduhan, Zurailie didakwa membunuh Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, di rumah beralamat nombor 85, Taman Setia Kasih, Jalan Sungai Terap, Bukit Pasir antara pukul 2.05 petang dan 2.30 petang, 16 November lalu.
Pertuduhan terhadap penjawat awam itu dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, A. Shaarmini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 5 Januari depan untuk sebutan semula kes tersebut sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat siap.
Mangsa, Nurul Shahira yang merupakan kerani Sekolah Agama Sungai Raya ditemukan mati dalam keadaan menyayat hati di pintu bilik utama rumahnya.
Nurul Shahira ditemukan jiran sebelah rumahnya pada pukul 6 petang dalam keadaan terbaring dengan kesan jerut di leher dan telefon bimbit serta barang-barang kemasnya turut dirompak.
Semasa kejadian suami Nurul Shahira, Muhammad Faris Jaafar, 30, tiada di rumah kerana bekerja di Ulu Tiram, Johor Bahru manakala anaknya, Muhammad Aish, 11 bulan, dijaga pengasuh di kawasan berdekatan.
sumber
http://ift.tt/1NKwh9U

from KeZooM http://ift.tt/1O6IcJl
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself