Halloween party ideas 2015

Kapal Angkasa Saiz Telefon Bimbit Bakal Di Lancarkan | Pengembaraan angkasa le­pas akan memasuki fasa baharu apabila satu projek melancarkan beribu-ribu kapal angkasa mini bersaiz sebesar telefon bimbit bakal menjadi kenya­taan.

Kapal Angkasa Saiz Telefon Bimbit Bakal Di Lancarkan

Projek dinamakan Breakthrough Starshot itu akan menyaksikan ribuan kapal angkasa seberat hanya 28 gram melalui perjalanan selama 20 tahun ke Sistem Bintang Alpha Centauri, yang terletak sejauh 40 trilion kilometer dari Sistem Solar.

Saintis percaya, terdapat sebuah planet menyerupai Bumi di Sistem Bintang Alpha Centauri dan pelancaran kapal angkasa mini boleh membantu penyelidikan mereka.

Projek tersebut dipelopori ahli fizik terkemuka, Stephen Haw­king dan pelabur Internet, Yuri Milner yang menyumbang sebanyak AS$100 juta (RM387.4 juta).

Milner dan panel pakar ketika mengumumkan rancangan terbabit semalam berkata, kemungkinan kapal-kapal angkasa mini berkenaan akan menemukan planet baharu atau kehidupan di bintang tersebut atau di kawasan lain walaupun belum ada pengesahan tentang penemuan seumpama itu.

Kata Hawking, mereka sanggup membuat lonjakan besar itu kerana sifat semula jadi manusia yang suka menjelajah.

Projek itu diumumkan sempena ulang tahun ke-55 penerbangan manusia pertama ke angkasa lepas, Yuri Gagarin.

Selain Milner dan Hawking, pengasas Facebook, Mark Zuckerberg turut menyertai projek berkenaan termasuk sepasukan saintis.

Kapal-kapal angkasa mini itu akan dilancarkan menggunakan roket konvensional dan akan dilepas bebas secara individu de­ngan memperoleh tenaga melalui pancaran laser dari Bumi.

Milner berkata, kapal angkasa terbabit akan melalui perjalanan 2,000 kali lebih jauh daripada kawasan yang pernah dijelajah oleh kapal angkasa sebelum ini.

Tambah beliau, dana sebanyak RM387.4 juta yang diumumkan semalam hanya untuk pelaksanaan projek, namun pelancarannya mungkin memerlukan kos yang lebih tinggi. – AGENSI

sumber
http://ift.tt/1Q8xQZU


from KeZooM http://ift.tt/1N9GoFc
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.