Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Tiga pekerja kilang warga Myanmar maut dilibas, sementara seorang lagi cedera parah dalam satu serangan dilakukan sekumpulan lapan lelaki bersenjatakan parang di Prai di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, kumpulan penyerang terbabit datang ke asrama mangsa di Lorong Nagasari 1 di sini dengan menaiki empat motosikal.

Menurut polis, tiga mangsa yang berusia antara 26 dan 33 tahun pada ketika itu sedang mandi di anjung asrama berkenaan.

Seorang jiran memberitahu polis beliau nampak serangan ganas itu, di mana mangsa pada mulanya dikelar dua lelaki yang kemudiannya memancung kepala mereka.

Seorang lagi mangsa yang sedang mandi bersama dua lagi lelaki terbabit, berjaya melarikan diri dari tempat kejadian.

Manakala, seorang rakan senegara yang segera datang untuk melihat kekecohan itu turut maut dikelar.

Dua mangsa dikenali sebagai Naing Win, 28, Kyaw Hoe, 33, sementara mayat ketiga masih belum dikenal pasti.

Ketiga-tiga mangsa ialah pekerja kilang di Bukit Tengah. Ketua Polis Seberang Prai Tengah ACP Rusli Md Noor berkata polis setakat ini menahan 15 lelaki bagi membantu siasatan.

Semua suspek berumur antara 22 dan 38 tahun ialah rakan sekerja dan teman serumah mangsa.

from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/29GxgJm

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.