Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo mengatakan “padan muka” kepada Lim Guan Eng yang sedang menghadapi pertuduhan kes hampir sama dihadapi beliau dimana dikatakan membeli aset kurang daripada nilai sebenar.

Dr Khir berkata tidak dapat menolak perbandingan yang dibuat orang ramai berhubung kes rasuah dihadapi Ketua Menteri Pulau Pinang itu, tapi beliau mahu menjelaskan beberapa fakta yang cuba diputar-belit oleh pembangkang.

Guan Eng membuat kenyataan, ‘Tidak seperti kes Khir Toyo, Cik Phang (Phang Li Koon) tidak rugi RM 5 juta, malah memperoleh keuntungan kecil sebanyak RM 300 ribu daripada harga asal RM 2.5 juta. Tidak seperti kes Khir Toyo, Cik Phang bukanlah pemaju perumahan yang harus bergantung kepada kerajaan negeri untuk meneruskan perniagaannya.’




“Jawapan saya, ‘tidak seperti beliau membeli rumah yang lengkap dan sedia diduduki, Guan Eng meninggalkan fakta bahawa saya membeli sebuah rumah separuh siap tanpa CF (Layak Menduduki) dengan harga RM 3.5 juta.’

“Harga ini mengikut penilaian penilai hartanah yang berwibawa dan bank antarabangsa. Harga asal RM 6.5 juta merupakan sebuah rumah lengkap sekali dengan perabot (fully furnished). Ia sudah merupakan dua entiti yang berbeza,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau juga membangkitkan keputusan mahkamah yang dibuat ke atasnya juga tidak mengambil kira hakikat penjual rumah saya tidak mendapat apa-apa keistimewaan dari kerajaan Selangor pimpinannya ketika menjadi menteri besar.

“Saya suka mengingatkan Guan Eng, keputusan Mahkamah ke atas saya langsung tidak mengambil kira hakikat penjual rumah saya tidak mendapat apa-apa keistimewaan dari kerajaan negeri Selangor pimpinan saya.

“Malah permohonan syarikat Shamsudin yang disokong oleh saya juga ditolak oleh PNSB (Permodalan Nasional Sdn Bhd),” katanya.

Mmenurut Khir, keputusan bersalah yang dijatuhkan terhadapnya bukan kerana mengambil rasuah sebaliknya kerana menyalahguna kedudukan sebagai penjawat awam ketika itu.

“Saya bersalah kerana dalam pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan bukanlah kerana mengambil rasuah, tetapi kerana menyalahguna kedudukan sebagai penjawat awam untuk mendapatkan sesuatu barangan berharga dengan balasan tidak mencukupi (lebih murah dari nilai sebenar) dari seseorang yang mempunyai urusan rasmi dengan saya.

“Dalam kes saya, Mahkamah mendapati saya bersalah kerana saksi Pendakwa, Shamsuddin Haryoni, memberitahu Mahkamah beliau tidak setuju dengan harga RM 3.5 juta tetapi terpaksa menjualnya kerana bimbang perniagaan beliau di Selangor terjejas,” katanya.

Khir juga mahu Guan Eng berhenti daripada berterusan membuat perbandingan dengan kes pertuduhan dihadapiya kerana ia adalah sama sekali berbeza dengan situasinya.

“Justeru, saya nasihatkan Lim Guan Eng berhenti membandingkan kes beliau dengan kes saya.

“Malah kes saya tidak sama dengan beliau kerana beliau turut didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang tentunya membabitkan kesalahan lebih serius,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mempersoalkan sikap DAP yang meraikan kemenangan apabila beliau disumbat ke dalam penjara tetapi kini situasi sama dihadapi mereka.

“Ketika saya dihukum penjara, DAP menganggap ia satu kemenangan besar mereka. Justeru, sungguhpun saya bersimpati dengan nasib Lim Guan Eng, saya fikir kenyataan paling tepat untuk DAP ialah seperti yang diungkapkan oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan, ‘Padan Muka’,” ujarnya lapor The Malaysian Mirror




from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/29g9raD

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.