Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Setiausaha politik kepada Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak akan menghadap lembaga disiplin PKR berhubung kenyataan yang menyasarkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. 

Ketua PKR Perak itu antara nama yang dibincangkan dalam mesyuarat biro politik PKR malam tadi, kata Pengarah Komunikasi Fahmi Fadzil.

“Kita tunggu kenyataan penuh daripada pengerusi lembaga disiplin parti,” katanya sewaktu ditemui di Ibu Pejabat PKR malam tadi.

Sementara itu, dalam satu kenyataan tidak lama kemudian, Fahmi mengumumkan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, yang juga ketua PKR Selangor juga diminta menghadap lembaga itu. 

“Mereka akan diminta memberi penjelasan berkenaan kenyataan-kenyataan mereka baru-baru ini berkait isu video tular,” katanya.

Malam ini Biro Politik KEADILAN telah mengadakan mesyuarat. Antara perkara yang telah dibangkit dan dibincangkan termasuklah: 
1) Resolusi Pemukiman Pimpinan KEADILAN di Port Dickson pada 19-21 Julai yang telah dihantar kepada semua pimpinan yang tidak hadir untuk mereka teliti dan tandatangani; dan 
2) Lembaga Disiplin telah diminta menghubungi Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, YAB Amirudin Shari dan beberapa anggota parti yang lain. Mereka akan diminta memberi penjelasan berkenaan kenyataan-kenyataan mereka baru-baru ini, berkait isu video tular. 
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi PKR

Menurut kenyataan tersebut, beberapa ahli lagi juga akan diminta memberi penjelasan kepada lembaga tersebut, yang baru-baru ini memutuskan pemecetan keahlian Haziq Aziz, lelaki di sebalik dakwaan video seks sejenis terhadap Azmin.

Haziq dipecat kerana membuat tuduhan rasuah secara terbuka terhadap pemimpin parti tanpa bukti.

Sementara itu, seorang sumber PKR memaklumkan nama penasihat kepada menteri hal ekonomi, Khalid Jaafar juga dibangkitkan dalam mesyuarat malam tadi.

Terdahulu, sekumpulan ahli PKR Selangor membuat laporan terhadap Farhash kerana laungan “Azmin semburit” yang dilaungkan selepas dibebaskan daripada reman 8 hari dalam siasatan berkaitan video seks sejenis mirip menteri.

Menurut sumber, Amirudin pula dipanggil kerana “ucapan yang dibuatnya pada majlis solat hajat” di kediaman rasminya pada 21 Julai lepas.



from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/07/farhash-amiruddin-dipanggil-lembaga.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.