Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas
KUALA LUMPUR - Beberapa saintis memberi amaran projek mega tambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR) akan menjejaskan habitat ikan pesisir pantai kerana kekeruhan air laut akan menyebabkan haiwan sumber protein itu mencari habitat baharu untuk membiak dan mencari makanan.
Saintis Marin Pusat Sains Bumi dan Alam Sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Che Abd Rahim Mohamed berkata, sumber yang diambil dari daratan, misalnya, pasir yang mengandungi kandungan kimia akan merosakkan kualiti air laut akibat kehadiran selut.
"Selut akan jadi bahan terampai dalam air dan berkeladak lalu menyebabkan kekeruhan air laut. Akibatnya, ia mengganggu pernafasan ikan.
"Aktiviti menambak juga mengganggu sifat semula jadi air dan ombak laut ditambah pula berlakunya kekeruhan air menyebabkan ikan lari meninggalkan habitat asal dan tempatnya membiak terutama di kawasan paya bakau.
"Kita akan melihat kesan ini paling kurang dalam tempoh lima tahun selepas projek tambakan siap," kata saintis marin yang berpengalaman selama 22 tahun itu.
Mohd Yusoff memberi penerangan mengenai implikasi buruk yang akan berlaku ke atas alam sekitar sekiranya projek pembinaan tiga pulau buatan dijalankan di Pulau Pinang.
Sementara itu Pakar Kualiti Air Fakulti Pengajian Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Yusoff Ishak juga berpandangan sama bahawa air laut akan menjadi keruh akibat kehadiran selut yang terhasil berikutan kewujudan bahan terampai dalam air seperti tanah dan sebagainya ketika kerja-kerja tambakan dilakukan.
"Pencemaran akibat aktiviti tambak laut akan menyebabkan kekeruhan air laut berikutan kehadiran selut dan lumpur halus lalu mengganggu penglihatan dan mengganggu insang pernafasan ikan menyebabkannya lari ke tempat lain," katanya.
Menurut Mohd Yusoff, selain kekeruhan air laut, aktiviti menambak yang melibatkan pergerakan mesin dan kapal pengangkut termasuk bunyi bising jentera turut mengganggu ikan.
"Gangguan di dasar atau sedimen bawah laut juga boleh mengganggu organisma yang menjadi makanan ikan.
"Biasanya jika makanan ikan terganggu, haiwan sumber protein itu akan beredar ke tempat lain yang ada makanan.
"Maka ikan di tempat yang menjadi kawasan tumpuan nelayan pesisir pantai selama ini akan lari meninggalkan habitat asal seterusnya membiak di tempat baharu.
"Jadi secara logiknya tiada lagi ikan mahu membiak di situ menyebabkan nelayan terpaksa pergi lebih jauh untuk menangkap ikan," katanya.
Katanya, Tanjung Tokong dan Tanjung Bungah adalah antara contoh kawasan perikanan yang terganggu akibat kehadiran selut selepas projek tambakan pertama.
Katanya, struktur tambakan itu sendiri menyebabkan ikan beredar mencari habitat lain secara semula jadi.
"Kita melihat penambakan seluas 1,822 hektar itu akan menyebabkan ekosistem laut terganggu hingga akhirnya menjejaskan aktiviti menangkap ikan oleh nelayan pantai terutama di Teluk Kumbar," katanya lapor Sinar
from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/11/saintis-beri-amaran-kesan-buruk-projek.html
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself