Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas
Semalam, Mahathir berkata gabungan pemerintah boleh menjadi kerajaan sepenggal jika ia tidak melakukan beberapa perubahan susulan kekalahan sekutu PH, Warisan pada Pilihan Raya Kecil Kimanis pada Sabtu.
Sejak dari PRU yang lalu PH sudah tewas pada 5 pilihan raya kecil, termasuk yang berlaku baru-baru ini pada Sabtu, dan tinjauan menunjukkan kemerosotan populariti dalam kalangan orang awam.
“Kita sudah tewas 5 pilihan raya kecil tetapi mereka masih tak faham,” kata Mahathir kepada pemberita di Langkawi.
“Saya sudah beritahu mereka dalam demokrasi anda perlukan sokongan kuat daripada rakyat, sebaliknya mereka bergaduh sesama sendiri dan memecah-belahkan rakyat…mereka tak akan menang kecuali ubah cara mereka,” kata Tun..
Hari ini seorang Penganilisis berpendapat rombakan Kabinet perlu dilakukan untuk “buang” menteri yang tidak disukai rakyat dan mereka yang tidak menunjukkan prestasi yang baik.
Beliau percaya rombakan boleh memulihkan keyakinan rakyat terhadap PH ke tahap yang “tidak seteruk seperti sekarang ini”.
Berikut adalah laporannya..
PETALING JAYA: Penganalisis politik percaya bayangan “kerajaan sepenggal” boleh jadi kenyataan bagi pentadbiran Pakatan Harapan jika Kabinet tidak dirombak segera.
Kamarul Zaman Yusof dari Universiti Utara Malaysia berkata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad harus mengambil inisiatif yang drastik bagi menghentikan “gelombang” penolakan rakyat.
“Perkembangan masa ini boleh menjadikan kerajaan sepenggal…memang PH kalah berturut-turut sebanyak 5 kali…wujud satu perkembangan konsisten mengenai penolakan rakyat terhadap PH,” katanya.
Kamarul berkata rombakan Kabinet perlu dilakukan untuk “buang” menteri yang tidak disukai rakyat dan mereka yang tidak menunjukkan prestasi yang baik.
Beliau percaya rombakan boleh memulihkan keyakinan rakyat terhadap PH ke tahap yang “tidak seteruk seperti sekarang ini”.
Sementara itu, Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya bersetuju PH berisiko menjadi kerajaan sepenggal, mengatakan PRK Kimanis indikator yang sangat kuat dari kawasan separa-bandar.
“PH seolah-olah lupa mengapa rakyat tolak BN dan undi PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu,” katanya.
Beliau mengingatkan keputusan di Kimanis merupakan undi protes dan isyarat kepada PH “supaya kembali ke landasan yang betul”.
“Apabila asyik menyalahkan rakyat kerana mengkritik dan mahukan perubahan lebih cepat, ia sebenarnya tidak menyelesaikan masalah dan asyik berdalih,” katanya lapor FMT di SINI
from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2020/01/kerajaan-sepenggal-boleh-jadi-kenyataan.html
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself