Halloween party ideas 2015

Budak 10 Tahun Obesiti Melampau, 13 Doktor Ditugaskan Rawat Dirinya | Hospital Hasan Sadikin di Bandung mengerahkan 13 doktor untuk memantau dan merawat Arya Permana, kanak-kanak berusia 10 tahun yang mempunyai berat badan mencecah 190 kilogram.

Budak 10 Tahun Obesiti Melampau, 13 Doktor Rawat Dirinya

“Satu pasukan seramai 13 doktor, termasuk pakar amalan pemakanan kanak-kanak, pakar pembesaran kanak-kanak, radiologi, pakar bedah, pakar ortopedik, psikiatris dikerah merawat Arya,” kata Pengarah Perubatan dan Rawatan hospital itu, Dr Nucki Nursjamsi Hidayat, semalam.

Menurutnya, antara tugas pasukan itu ialah mengkaji punca yang menyebabkan kanak-kanak berkenaan menderita obes terlampau berbanding usianya.

Selain itu, kata Nucki, mereka juga akan mengatur program diet untuk membantu berat badan Arya turun hingga ke paras ideal.

“Kami juga akan membimbing keluarganya bagi memastikan program yang dijalani Arya di hospital dilanjutkan di rumah. Jika tidak, usaha kami sia-sia,” katanya.

Arya disahkan sihat ketika menjalani pemeriksaan minggu lalu.

“Keadaan fizikalnya, Alhamdulillah, masih terkawal. Jantung, paru-paru juga tidak ada masalah. Kegemukannya hanya di sebalik kulit. Kami akan cari puncanya,” kata ketua pasukan perubatan, Dr Julistyo TB.

Arya dimasukkan ke hospital berkenaan tengah hari kelmarin. - Antara


from KeZooM http://ift.tt/29Q1nwC
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.