Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Tiga beranak mati ditembak ahli keluarga sendiri selepas berlaku pertengkaran antara mereka dalam kejadian di sebuah kilang memproses ayam di Batu Maung, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 2.55 pagi itu, mangsa wanita berusia 55 tahun ditembak anaknya sendiri dari jarak dekat.

Turut ditembak anak lelakinya berusia 27 tahun dan cucu lelaki berusia dua tahun.

Turut maut seorang lelaki berusia 50 tahun, yang juga pemilik kilang memproses ayam berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Razaruddin Husain, berkata seorang lelaki berusia 32 tahun yang mempunyai kaitan dengan keluarga berkenaan dipercayai menembak semua mangsa.

"Semua mangsa sedang tidur di bilik dalam kawasan kilang sebelum suspek masuk dan berlaku pergaduhan kecil apabila mangsa enggan menyerahkan wang yang diminta suspek.

"Suspek yang bersenjatakan pistol kemudian berang lalu bertindak melepaskan enam das tembakan dan melarikan diri dengan menaiki sebuah pacuan empat roda milik pengusaha kilang berkenaan," katanya ketika sidang media, di sini, tadi.


Difahamkan, suspek kini dipercayai masih berada di sekitar negeri dan polis kini giat memburu suspek serta meminta orang awam yang mempunyai maklumat tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.



Selanjutnya di : http://ift.tt/29G78Pq

from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/29CpeOE

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.