Budak 3 Tahun Koma, Jatuh Bangunan 3 Tingkat | Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, parah dan tidak sedarkan diri selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga kediaman pengasuhnya di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa Norfadhiah Allisa Mohd Faizul, parah di kepala selepas dipercayai terjatuh dari koridor bangunan 10 tingkat berkenaan.
Ibu mangsa, Maziah Basar, 37, berkata, ketika kejadian dia mengajar di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Nan Hwa, Sitiawan, dekat sini dan dikejutkan panggilan telefon oleh pihak Hospital Angkatan Tentera (HAT), Lumut memintanya datang ke Unit Kecemasan kerana anaknya mendapatkan rawatan akibat terjatuh.
"Sebaik mendapat panggilan jam 10.30 pagi itu, saya terus ke hospital dan mendapati anak saya dirawat serta tidak sedarkan diri, selain mengalami pendarahan pada kepala."
"Keadaan anak saya ketika itu kritikal dan pihak hospital memberitahu akan memindahkannya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dengan menaiki helikopter untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di luar Jabatan Kecemasan HRPB.
Menurutnya, anaknya diterbangkan bersama doktor dari HAT ke Ipoh jam 1.15 petang, manakala dia menaiki kenderaan disediakan TLDM dan tiba di HRPB jam dua petang.
sumber
http://ift.tt/1vWel20

from KeZooM http://ift.tt/1vWel21
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself