Halloween party ideas 2015

Kereta Tu Milik MIG, Kenapa Aeril Yang Lebih? - David Teo | Pada Julai lalu, Wawa Zainal pernah mengeluarkan kenyataan mengenai kehilangan sebuah kereta di Twitter dan memberitahu bahawa 'pencuri' itu adalah di kalangan pihak terdekat. Namun, pada masa itu, Wawa tidak menjuruskan kepada mana-mana pihak sehinggalah Aeril tampil memetik nama pihak MIG dan pemilik syarikat itu sendiri.






"Saya pelik, kenapa Aeril beria-ria dalam kes ini sedangkan kereta itu adalah milik syarikat yang dipinjamkan secara sewa beli kepada Wawa Zainal, bukan kepadanya.



"Pihak syarikat pernah menghantar surat rasmi pada 12 Februari lalu dan menjemput Wawa Zainal datang ke pejabat untuk menyelesaikan pelbagai urusan termasuk soal kerja, projek terbaru dan kereta sekiranya dia ingin membeli kereta tersebut dari pihak syarikat.



"Namun, ketika itu Wawa membalasnya dengan berkata dia sudah keluar daripada pengurusan MIG dan tidak mahu berurusan dengan kami lagi," katanya yang mengakui kereta itu adalah hak milik MIG Production.



Menurut David, dia masih boleh menahan sabar apabila pelakon filem, 99 Kali Rindu, ini membuat keputusan untuk keluar daripada MIG walaupun kontraknya masih berbaki sehingga 2015.

Namun, sehingga kini, masih ada pelbagai tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan suami pelakon berkenaan.



"Sebagai bapa angkat yang pernah membimbing serta membantu mereka satu ketika dahulu, saya masih boleh bertolak ansur dengan pasangan itu walaupun sebenarnya syarikat boleh mengambil tindakan.



"Namun, saya ingin menasihati terutamanya kepada Aeril agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah dan tuduhan di laman sosial. Diingatkan kesabaran saya juga ada hadnya sekiranya mereka masih terus menerus mengaitkan saya dan pihak syarikat," katanya.






Tambah David, pintu pejabat MIG masih terbuka untuk pasangan ini sekiranya mereka mahu berbincang ataupun memerlukan bantuan jika berdepan dengan kesempitan hidup dan kewangan.



Bertanya kepada Wawa mengenai tindakan Aeril, dia memilih untuk terus mengunci mulut dan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan. "Dalam hal ini, saya tak nak komen apa-apa. Tanyalah pada Aeril sendiri," katanya.



Ditanya adakah Aeril hanya mahukan dokumen tanpa mempersoalkan mengenai kereta, Wawa pantas berkata, 'Yelah kot...'.



Usaha untuk mendapatkan Aeril tidak berhasil apabila talian telefon tidak diaktifkan.






#Hohoho....kontrak tak habes....tp nak keta free...tambah lg ada satu statement Wawa di Twitter sblm ni... Camne nih?



sumber

http://ift.tt/1rS0zKL





from KeZooM http://ift.tt/YmsEiH

via Kezoom

malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.