Tak Tahan Dengar Tangisan Punca Budak Di Bunuh | Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang ditanam ibu bapanya di belakang sebuah rumah teres di Bukit Katil, dipercayai dibunuh selepas suspek disyaki tidak tahan mendengar mangsa kerap menangis.
Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Bakar berkata, siasatan awal mendapati suspek lelaki berusia 25 tahun yang juga kekasih ibu mangsa mengaku bertindak sedemikian dengan menekup mulut kanak-kanak itu menggunakan tangan.
"Hasil siasatan awal, suspek lelaki mengaku menekup mulut mangsa dengan tangan sehingga lemas selepas tidak tahan mendengar kanak-kanak itu menangis. Bagaimanapun, kita masih menyiasat sama ada perbuatan itu disengajakan atau sebaliknya."
"Kita juga mengesyaki suspek mungkin panik dengan keadaan mangsa selepas itu sebelum bertindak menanam mayatnya di belakang rumah yang disewa bersama suspek wanita berusia 24 tahun, awal tahun ini," katanya.
Razali berkata, pihaknya turut menyiasat sama ada suspek melakukan perbuatan itu ketika berada di bawah pengaruh dadah atau sebaliknya.
Beliau berkata, polis akan menghantar rangka tulang yang ditemui ke Jabatan Kimia di Johor Bahru untuk saringan dan analisis lanjut.
Menurutnya jika ada keperluan, ia turut dihantar ke jabatan sama di Petaling Jaya, Selangor untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
sumber
http://ift.tt/1r86iM2

from KeZooM http://ift.tt/1tq5Ew2
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself