Halloween party ideas 2015

Air Muka Raja Azmi Teruk Di jatuhkan | Bukan saja hasratnya berkongsi pengalaman menulis novel Karkuma dengan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam yang sepatutnya berlangsung di Dewan Sri Budiman sempena Art Fest 2014, Ahad lalu tidak kesampaian malah lebih mengecewakan lagi, Raja Azmi Raja Sulaiman hanya dimaklumkan pembatalan majlis berkenaan tanpa alasan kukuh.






Ini adalah penolakan kedua daripada pengurusan institut pengajian tinggi awam (IPTA) selepas kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan, baru-baru ini.



Bagaimanapun, novelis ini menerima sambutan yang memberangsangkan ketika diundang menjayakan sesi bicara karya novel Karkuma di Kolej Matrikulasi Labuan (KML), Sabah, Ahad sebelumnya.



"Surat jemputan dari UiTM itu diterima kira-kira tiga minggu lalu dan seperti biasa saya buat persediaan secukupnya. Semuanya berjalan tanpa sebarang masalah sehinggalah saya sampai di situ dan terkejut apabila diberikan surat mengenai pembatalan sesi terbabit.



"Apabila ditanya kepada urusetia, mereka beritahu menerima arahan daripada pihak atasan supaya membatalkannya. Penerbit novel saya, Merpati Jingga terus menghubungi pihak atasan, tetapi mereka tidak mampu beri sebarang alasan.



"Sedihnya, pelajar sudah berkumpul di sekeliling saya kerana mereka begitu teruja untuk mengikuti sesi bicara Karkuma, namun kecewa ia tak jadi kenyataan. Mereka juga terkilan dengan situasi yang berlaku," katanya.



Menurutnya lagi, paling dikesali maruahnya tercemar kerana peristiwa ini secara tidak langsung membuatkan masyarakat boleh memandang serong padanya seolah-olah dia bertindak masuk ke program orang sedangkan dia sebenarnya diundang secara rasmi.



"Saya akhirnya dimaklumkan individu yang bertindak mengeluarkan arahan adalah Pengarah Pembangunan Pelajar Dr Mohd Bahrin Othman. Saya akui terasa jantung seakan-akan nak gugur apabila diberitahu perkara ini. Sebelum ini UIA Kuantan, sekarang UiTM pula ikut langkah serupa. Apa salah saya sedangkan saya hanya nak berkarya?



"Saya hanya mahu berkongsi pengalaman sebagai penulis novel. Pelajar ini sudah biasa terdedah dengan ilmu akademik, apa salahnya mereka dengar perkara yang lain pula sebagai ilmu tambahan?



"Saya difahamkan tindakan pembatalan itu kerana saya penulis yang banyak mencetuskan kontroversi. Saya bukan sengaja cetuskan kontroversi termasuk dengan isu terbaru ini. Tujuan saya hanyalah nak kongsi pengalaman. Apabila jadi begini, saya seolah-olah disekat untuk berkarya," katanya.



Raja Azmi berkata, jika tahu perkara begini akan berlaku, ada baiknya penganjur tidak menjemputnya dari awal-awal lagi.






"Nampak ada kecuaian dari pihak sana tapi kenapa saya pula yang dihukum? Perkara ini mungkin berlaku akibat pihak atasan terlepas pandang tapi kalau tak suka apa salahnya berbincang cara baik. Saya tak tahu menahu dan sudah buat persiapan dan kalau betul nak batalkan jumpalah cara berdepan dan sopan. Terasa saya seolah-olah tetamu tak diundang yang akhirnya ditolak tanpa sebab yang kukuh.



"Sepatutnya buatlah cara betul. Ini tak elok kepada pelajar yang melihatnya. Air muka saya jatuh di depan mereka. Kalau ada kecuaian berlaku itu masalah dalaman mereka," katanya yang sudah menulis e-mel rasmi kepada Dr Mohd Bahrin.

Buat masa ini kata Raja Azmi, dia memberikan fokus sepenuhnya kepada penulisan novel yang dianggap sebahagian periuk nasinya.



"Apabila jadi begini, seolah-olah periuk nasi saya ditabur pasir. Maruah saya dipermainkan pihak atasan UiTM sendiri. Saya tak terkilan jika pegawai itu sendiri yang berjumpa saya dan bukan menyerahkannya melalui pelajar.



"Saya bangga apabila tulisan saya dihargai tapi begini pula jadinya. Jika mereka anggap saya penulis novel yang negatif, tanggapan itu tidak adil. Dulu novel Cinta 100 Ela memang mendapat bantahan tapi kalau usahlah dinilai daripada satu novel saja kerana ia tidak adil.



"Mereka tidak lihat pula saya juga hasilkan buku berkenaan solat, politik dan pelbagai genre lagi. Yang mereka nilai hanya dari satu sudut saja. Kalau begitu, susahlah untuk saya berkarya.



"Saya sudah tulis enam buku, hanya satu saja yang negatif dan saya terus dianggap pencetus kontroversi. Pada saya pelajar adalah generasi baru yang akan memimpin negara. Jika ilmu begini tak boleh dikongsi dengan mereka, saya anggap ia satu kegagalan. Saya memang bimbang akan disekat lagi selepas ini. Harapnya pihak IPT lain lebih bersikap terbuka dan baca dulu novel Karkuma sebelum menilai saya," katanya.





sumber

http://ift.tt/12Xr0WD





from KeZooM http://ift.tt/1tbwi9E

via Kezoom

malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.