Halloween party ideas 2015

Isu Makan Daging Biawak, Pengunjung Mohon Maaf | Satu lagi kontroversi baru berhubung dengan binatang dan halal haramnya didakwa berlaku baru-baru ini dalam satu program di Kuala Kangsar, Perak, iaitu isu makan daging biawak.






Menurut cerita, isu itu timbul apabila ada pihak memuat naik status menyatakan ada yang merasai daging biawak yang disediakan di khemah dalam satu karnival.



Ada pengunjung menceritakan dia makan sedikit daging biawak yang diletakkan di situ selepas melihat pengunjung yang lain, termasuk pelajar sekolah, memakan daging itu.


Ada juga pengunjung yang mengaku buat silap makan daging biawak kerana ingin merasa daging itu yang diletak dalam pinggan, apa lagi apabila dicabar rakan-rakan; sehingga dia ‘lupa yang mana halal, yang mana haram’.






Petugas di booth pula menafikan dakwaan orang Islam makan daging biawak yang disediakan di situ.



Pameran tersebut sebenarnya diadakan untuk memberikan pendedahan kepada orang awam mengenai bagaimana anggota tentera meneruskan hidup dalam hutan dan daging biawak itu hanya dipamerkan dan boleh dimakan oleh pengunjung bukan Islam.



Kita ada sediakan makanan lain untuk orang Islam seperti ayam, daging lembu dan ikan. Kita memang tidak beri mereka makan biawak kerana kita peka dengan perkara ini.



"Saya tidak tahu bagaimana perkara ini boleh disebarkan sampai begini. Mungkin sudah menjadi budaya di negara kita yang gemar mencari benda kontroversi untuk diperkatakan," katanya.



"Gambar yang tersebar menunjukkan seorang lelaki seperti mahu memakan daging biawak, namun apa yang saya lihat, dia macam berlakon seperti mahu makan daging itu tapi saya percaya dia tidak makan pun.






"Kalau mereka orang Islam, mereka tidak akan makan daging biawak itu kerana mereka tahu ia adalah haram. Penganjur dan penjaga di khemah sudah melarang umat Islam makan daging tersebut," katanya.



Sementara itu Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perbuatan orang Islam yang memakan daging biawak pada karnival itu adalah haram daripada segi hukum.



Katanya, perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan memandangkan ia hanya satu demonstrasi mengenai survival anggota tentera khususnya komando di dalam hutan.






"Haram hukumnya memakan daging biawak tu. Memang ada komando yang makan ular, biawak ketika di hutan, tetapi itu dalam keadaan darurat. Apa yang dijumpai, itulah yang mereka makan. Bukannya ada bekalan makanan.



"Bukannya nak jadi makanan sangat pun, cuma untuk tenaga. Tapi perbuatan sengaja memakan daging biawak adalah jelas haram," katanya.



Sementara itu melalui kemaskini di laman facebook Kuala Kangsar Tetap dihati, yang memuat naik status memakan biawak tersebut. Individu tersebut telah membuat permohonan maaf. Menurutnya lagi, dia juga tidak bertindak menghalang umat islam yang lain dari menjamah daging tersebut .














sumber

http://ift.tt/1oY1rii

http://ift.tt/1oY71kN





from KeZooM http://ift.tt/1xCjlX3

via Kezoom

malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.