Shah Alam: Tiga sahabat bekas pelajar kolej dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahakamah Tinggi di sini, pagi ini selepas didapati bersalah membunuh seorang pensyarah dan bapanya dua tahun lalu.
Hakim Abdul Halim Aman menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Zul Shahril, 22, Mohamad Sharafe Matt Noh, 21, dan Azizi Aizat Ibrahim, 22, selepas mendapati pembelaan mereka hanya bersifat penafian semata-mata.
Suasana mahkamah menjadi sayu apabila ibu tertuduh pertama pitam selepas memeluk anaknya yang sedang dibawa keluar.
Ibu dan isteri mangsa Normaliah Mahmood, 53, bagaimanapun kelihatan keluar dari kamar mahkamah sebelum keputusan dibacakan berikutan tidak sanggup mendengar penghakiman dibacakan.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan kesalahan membunuh pensyarah Bahasa Inggeris Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC) Zara Eleena, 23, dan bapanya Omar Peter Abdullah, 56, di rumah nombor 28 Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong, antara jam 1.30 dan 2.30 pagi 9 Mac 2012.
Article source: http://ift.tt/102b1Vy
from indah.com http://ift.tt/102yuG3
Dapatkan informasi informasi terbaru dan terhangat dengan cara klik join this blog, atau follow dengan email subscribe, dukungan andalah yang membuat blog ini akan terus berkreasi dan tetap ada di jajaran google search, jangan lupa untuk memberikan kometar dan jadikan ilmu yang anda baca ini berguna tidak bagi anda seorang, tetapi lebih baik lagi jika anda menyebarkannya dan membuat orang lain tahu apa yang anda ketahui hari ini, selamat beraktifitas.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself