Halloween party ideas 2015

Demi Nyawa: Pengarah Kesihatan Pahang Beri Penjelasan | Sebelum ini viral dimedia sosial mengenai sebuah ambulan yang dipandu dalam keadaan melawan arus di Lebuhraya LPT. Tindakan yang dikira kurang bijak tersebut menerima banyak komen negatif pengguna laman sosial.






Kini, pihak media dilaporkan telah menemui Pengarah Kesihatan Pahang, Dr Zainal Arrifin Omar bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan isu tersebut.



Menurut dr Zainal, pemandu ambulan tersebut sebenarnya sedang dalam perjalanan balik ke hospital Raub selepas menghantar seorang pesakit di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.



Ketika perjalanan, pemandu tersebut terserempak dengan satu kemalangan motorsikal 5 kilometer dari Plaza Tol Karak dan orang awam dilaporkan meminta bantuan pemandu ambulan itu.



"Sebenarnya beliau telahpun melepasi kawasan kemalangan tersebut, tetapi membuat pertimbangan berpatah balik untuk menyelamatkan penunggang motorsikal terbabit.



"Keadaan itu menyebabkan beliau melawan arus untuk mengambil penunggang motorsikal terbabit dan kemudiannya menghantar mangsa ke Hospital Bentong.



Dalam pada itu, Dr Zainal berkata pihaknya akan membuat siasatan lanjut mengenai perkara itu.



Seentara itu, Ketua Polis Trafik Bukit Aman Dato Mohd Fuad Abd Latif berkata, tindakan pemandu ambulan terbabit sebenarnya merbahayakan diri sendiri dan pengguna lain.



"Kita faham situasi kecemasan dan niat murni pemandu ambulan terbabit, tetapi jangan sampai langgar peraturan dan jika berlaku kemalangan, pihak polis boleh mengambil tindakan keatas pemandu terbabit.



Mohd Fuad juga menegaskan, "pertimbangan boleh diberi jika berlaku kecemasan dan tidak merbahayakan pengguna lain. Namun perbuatan melawan arus dan merbahayakan pengguna lain jelas salah dan boleh mengancam nyawa pengguna lain"



Ikuti video tersebut dibawah....













sumber

HarianMetro





from KeZooM http://ift.tt/1Fok40O

via Kezoom

malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.