Halloween party ideas 2015

Anggota Polis Putus Tangan Setelah Di Serang 10 Lelaki | Seorang anggota polis putus tangan kanannya selepas diserang kira-kira 10 lelaki di sebuah kelab malam di Jalan Changkat Bukit Bintang, awal pagi tadi.






Serangan pada jam 2.50 pagi itu dikatakan berpunca daripada perselisihan faham dan dendam susulan berlakunya pergelutan kecil membabitkan mereka, sebelum ini.



Kejadian berlaku ketika premis hiburan berkenaan sedang dikemas untuk ditutup apabila mangsa dikatakan tiba-tiba didatangi sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dan kayu memasuki pusat terbabit.



Mangsa yang kritikal kini dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).



Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa mengesahkan kejadian itu dan suspek sedang diburu polis.



Katanya, polis sudah melawat lokasi kejadian dan melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta merampas beberapa parang milik suspek.



sumber

http://www.bharian.com.my/node/25968







from KeZooM http://kezoom.blogspot.com/2014/12/anggota-polis-putus-tangan-setelah-di.html

via Kezoom

malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.