Halloween party ideas 2015

BANJIR: Konvoi Trak Tentera Terpaksa Berpatah Balik | Satu konvoi pasukan tentera untuk menghantar 50,000 liter air bersih dalam 10,000 botol ke Kelantan pagi tadi terpaksa berpatah balik ke Ipoh selepas perhubungan ke negeri itu dari Perak terputus berikutan kejadian tanah runtuh di Kilometer 63 Jalan Raya Timur Barat, dekat Gerik.






Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata konvoi sebanyak 20 trak dan dua treler oleh Rejimen 60 Askar Wataniah dari Kuala Lumpur itu terpaksa pergi ke Ipoh dan semua bekalan bantuan itu akan dihantar menggunakan pengangkutan udara.



Katanya, semua bekalan air bersih itu akan dibawa menaiki pesawat Charlie dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di Ipoh kira-kira jam 3 petang ini.



Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Zulkifeli berkata, pasukan tentera juga menghantar bantuan sejak dua hari lalu ke kawasan Gua Musang dan Kuala Krai, Kelantan, yang teruk dilanda banjir.



Katanya, ATM juga menggerakkan semua aset dan anggota dari kem yang tidak terjejas dengan banjir ke kawasan dilanda banjir di seluruh negara.



Beliau berkata, pasukan itu mempunyai pengalaman membantu mangsa banjir akibat air pasang besar yang berlaku di Johor dan Pahang pada 2006 serta menggunakan pengalaman itu bagi operasi kali ini.



Dalam pada itu, satu video konvoi tentera yang cuba menyelamat mangsa banjir di Terengganu gagal apabila trak mereka tak dapat mengharungi air yang dalam. Di khabarkan mereka akhirnya berjaya diselamatkan dengan bantuan helikopter setelah bermalam ditrak tersebut selama dua hari....Seterusnya video dibawah -fuuhh.













sumber

http://ift.tt/1vmA3bd





from KeZooM http://ift.tt/1vmA5zN

via Kezoom

malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.