Halloween party ideas 2015

Gambar Terakhir Penumpang Air Asia Sebelum Pesawat Hilang | Seorang penumpang sempat merakam gambar beberapa minit sebelum dia bersama isteri serta dua anak berangkat menaiki pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandara Juanda, Surabaya, pagi semalam.






Gusti Made Bobi Sidharta dari Malang, Jawa Timur menaiki pesawat itu untuk bercuti di Singapura bersama isteri Donna Indah Nurwatie, 39, serta dua anak perempuannya, Gusti Atu Putriyana Permata, 19, dan Gusti Ayu Made Keish Putri, 9, sebelum tragedi menimpa mereka sekeluarga.



Bobi kemudian memuat naik gambar itu dalam Blackberry Messengernya (BBM) dengan meletakkan status 'berangkat'.



Jirannya, M Ridwan berkata, dia menerima gambar dihantar Bobi beberapa minit sebelum berlepas.



"Saya seolah-tidak tidak percaya kerana Bobi sekeluarga berada dalam senarai penumpang pesawat malang itu. Malah, sebelum ini, Bobi ada memberitahu dia mahu bercuti bersama keluarganya di Bali dan Lombok dan bukannya Singapura.



"Petang kelmarin, dia datang ke rumah saya dan memberitahu mahu ke Bali dan Lombok. Tapi saya tidak sangka dia menukar niat untuk bercuti ke Singapura," katanya.



Empat beranak itu antara 162 penumpang dan anak kapal AirAsia Indonesia yang dipercayai hilang selepas terputus hubungan dengan menara kawalan di Jakarta pada jam 6.17 pagi.



Pesawat Airbus A320-200 itu membawa 138 penumpang dewasa, 16 kanak-kanak, seorang bayi serta tujuh anak kapal hilang selepas 47 minit berlepas dari Surabaya.



sumber

http://news.liputan6.com/read/2153265/foto-penumpang-di-depan-airasia-qz8501-sebelum-terbang

http://www.hmetro.com.my/node/19884#sthash.XzKzi1qf.dpuf





from KeZooM http://kezoom.blogspot.com/2014/12/gambar-terakhir-penumpang-air-asia.html

via Kezoom

malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.