Ieda Moin Sah Bercerai | Ieda Moin hari ini dilaporkan akhirnya telah sah bercerai dengan bekas suaminya Mohd Naquib Idris.
Mohd Naquib melafazkan cerai talak satu pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah di depan Hakim Syarie, Mohamed Hizwan Mohamed Nor.
Perceraian ini mengesahkan desas desus yang mengatakan rumah tangga mereka berantakan sebelum ini.
Ieda sudah lapan tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan cahaya mata, Nur Dhia Dania, kini berusia enam tahun.
Ieda reda dengan ketentuan.
"Saya terimanya ketentuan ini semua dengan lapang dada. Kami berpisah secara baik. Tak ada apa yang perlu dipanjangkan lagi.
"Sudah tak ada jodoh antara kami. Dia yang failkan perceraian dan saya ikut saja kehendaknya. Kami sudah tiada persefahaman.
"Soal siapa jaga anak tidak menjadi isu di sini. Hari ini kita selesaikan perceraian. Masa lain, saya nak berkemungkinan besar nak buat tuntutan nafkah pula," katanya.
"Perceraian ini berlaku tanpa campur tangan sesiapa. Saya tenang. Saya akur.
"Saya tak pasti sama ada anak tahu apa yang terjadi kepada ibu bapanya. Nanti besar, dia akan sedar juga," katanya.
Pasangan itu berkahwin pada 4 November 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Dhia Dania yang kini bwerusia enam tahun.
Bagaimanapun Mohamed Hizwan mengarahkan pasangan itu memfailkan tuntutan nafkah di Mahkamah Tinggi Syariah selepas Ieda tidak bersetuju dengan Mohd Naquib yang mahu membayar nafkah anak mereka sebanyak RM800 sebulan.
sumber
http://ift.tt/1GTi6pW
from KeZooM http://ift.tt/1r20ma3
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself