Petugas Hospital Biadap Akan Di Siasat - Pengarah HSBAS | Susulan laporan yang disiarkan berhubung kekecewaan seorang lelaki terhadap sikap tidak mesra petugas jururawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, yang tidak ambil peduli tentang temujanji rawatan ibunya pada 18 Disember lalu, kini dalam perhatian pihak pengurusan hospital.
Pengarahnya, Datuk Dr Juita Ghazalie berkata pihaknya akan mengadakan perjumpaan esok bersama pengadu dengan petugas terlibat di Jabatan Sekretariat bagi menyelesaikan masalah yang berlaku.
Malah katanya, aduan yang diterima melalui media sosial itu disifatkan kali pertama berlaku kerana sebelum ini segala aduan dibuat terus ke Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Kami mengetahui kejadian itu pada Ahad lalu dan siasatan masih dijalankan bagi memastikan kesahihan laporan.
“Ini kali pertama aduan diterima melalui laman sosial, biasanya terus ke kementerian. Masalah ini akan diselesaikan secara dalaman, esok,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post hari ini.
Ajeli Anuar memuat naik status di Facebooknya memaparkan pengalaman ngeri dengan tajuk ‘Hari ini dalam Sejarah’ telah dikongsi di laman Sukan Star TV di mana mencatat lebih 5,000 likes.
Menurut Ajeli, dia membawa ibunya, seorang warga emas, ke hospital tersebut pada 11.15 pagi berdasarkan kepada temujanji yang dibuat oleh doktor Syakir berhubung rawatan susulan dengan menunjukkan kad temujanji kepada petugas jururawat di kaunter servis.
Katanya, sebaik sahaja dia menunjukkan kad temujanji itu, jururawat tersebut meninggikan suara dengan tiba-tiba: “Setiap hari Rabu dan Khamis, tiada klinik rawatan berkaitan!”.
“Saya ambil gambar sebab nak beritahu pada umum yang servis di hospital Alor Setar ini teruk, layan kami macam haiwan,” tegas Ajeli.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengakui ada menerima aduan berhubung kakitangannya yang bertindak biadap terhadap pelanggan.
Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, pihaknya sentiasa menjalankan siasatan terhadap setiap aduan dan sekiranya aduan itu benar, tindakan akan diambil terhadap kakitangan terbabit.
“Aduan mengenai kakitangan kerajaan ini bukan hanya tertumpu kepada Kementerian Kesihatan, tetapi juga di semua kementerian dan kami menerima aduan dengan sikap terbuka.
“Setiap aduan yang diterima akan disiasat sewajarnya, bagi memastikan kesahihan aduan,” katanya kepada The Rakyat Post selepas merasmikan Persidangan Pengurusan KKM, pada Jumaat lalu.
sumber
http://ift.tt/1t1ACf6

from KeZooM http://ift.tt/1sQwtVJ
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself