Stesen TV AlHijrah menafikan telah mengeluarkan kenyataan rasmi ‘Negeri Kelantan diisytihar darurat akibat banjir besar’ seperti yang tersebar di laman sosial.
Perkara tersebut disahkan Unit Komunikasi Korporatnya melalui satu kenyataan di Facebook, kira-kira jam 2.48 petang tadi.
“Untuk makluman, TV AlHijrah tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan secara rasmi bahawa ‘Negeri Kelantan diisytihar darurat akibat banjir besar’ seperti yang dilaporkan melalui media sosial.
“Orang ramai disarankan untuk mendapatkan pengumuman rasmi daripada pihak berwajib,” kata kenyataan itu.
Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya masih berupaya menangani banjir di negeri itu dan tidak ada pengisytiharan darurat dilakukan walaupun rakyatnya berdepan situasi banjir luar jangkaan sejak lebih dua minggu lalu.
Katanya, walaupun keadaan semakin membimbangkan dan hampir melumpuhkan ekonomi sesetengah kawasan, pihak kerajaan negeri tetap tidak berdiam diri termasuklah mendapatkan perkhidmatan lima buah helikopter bagi tujuan penghantaran bekalan makanan.
“Helikopter tersebut digunakan untuk penghantaran keperluan makanan kepada kawasan Kuala Krai, Dabong, Jeli dan Gua Musang.
"Kita beri jaminan buat masa sekarang ini ia masih boleh ditangani, bekalan makanan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan juga mencukupi, kerajaan menyediakan pelbagai peruntukan khas semampu yang mungkin,” katanya lapor RakyatNews
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1zxl98g
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself