Halloween party ideas 2015

28 Feb 2015



(MK)Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran kepada pihak yang membuat fitnah liar dengan mengaitkan dirinya dan keluarganya berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Beliau melahirkan rasa kesal terhadap laporan sebuah akhbar lidah rasmi pembangkang yang menyiarkan satu laporan yang didakwa palsu pada 19 Februari lepas dan menyifatkan artikel itu sebagai tidak bertanggungjawab serta ia satu pembohongan.



"Sesungguhnya apa yang ditulis di dalam artikel HarakahDaily bertajuk 'Dana 1MDB Biaya Syarikat Filem Riza Aziz (Bhg 2)' yang diterbitkan pada 19 Februari adalah fitnah pihak tidak bertanggungjawab yang tidak lebih daripada sekadar pembohongan, langsung tidak bersandarkan fakta dan tanpa apa-apa bukti kukuh.



"Sebagai warga negara Malaysia, saya berhak untuk mempertahankan diri saya dan keluarga saya daripada fitnah jahat ini menggunakan sistem undang-undang negara," katanya dalam laman Facebooknya, Najib Razak, lewat malam tadi.



Beliau berkata pihaknya telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang menuntut akhbar pembangkang itu menarik balik artikel tersebut.



"Ingin saya tegaskan di sini, 1MDB adalah sebuah syarikat pembangunan strategik, dimiliki oleh Kerajaan Malaysia dan saya tidak akan sesekali membenarkan sesiapa menggunakan atau menyeleweng dana awam untuk kepentingan dan keuntungan peribadi," katanya.



Najib berkata sebagai perdana menteri, beliau sedia menerima kritikan membina: "Tetapi apabila fitnah liar yang sama sekali tidak berasas dilemparkankepada keluarga saya, saya tidak akan berdiam diri atau bertolak-ansur."



Kelmarin Najib mengemukakan surat tuntutan kepada pihak HarakahDaily berhubung kenyataan fitnah dalam artikel berhubung dana 1MDB di laman web itu.



Surat tuntutan itu diserahkan kepada Pengarah Urusan Harakah, Dr RosliYaakop dan Ketua Pengarang HarakahDaily, Taufek Yahya.



Menurut Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, firma guaman yang mewakili Najib, mengemukakan surat tuntutan itu atas kapasiti peribadinya berhubung laporan bertajuk "DANA 1MDB BIAYAI SYARIKAT FILEM RIZA AZIZ?(BHG 2)", 19 Feblepas.



- Bernama





from indah.com http://ift.tt/1BoZCPA

Dapatkan informasi informasi terbaru dan terhangat dengan cara klik join this blog, atau follow dengan email subscribe, dukungan andalah yang membuat blog ini akan terus berkreasi dan tetap ada di jajaran google search, jangan lupa untuk memberikan kometar dan jadikan ilmu yang anda baca ini berguna tidak bagi anda seorang, tetapi lebih baik lagi jika anda menyebarkannya dan membuat orang lain tahu apa yang anda ketahui hari ini, selamat beraktifitas.

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.