Halloween party ideas 2015

Benjy Di Percayai Cuba Pindah Makmal Syabu | Benjy yang ditahan polis di Pagoh kelmarin disiasat kerana dipercayai terbabit dengan rangkaian sindiket dadah yang mahu memindahkan makmal syabu mereka di Kuala Lumpur ke daerah ini.






Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, ini berdasarkan penemuan pelbagai peralatan dan bahan kimia di dalam kenderaan pelakon itu yang biasanya digunakan sindiket terbabit untuk memproses syabu.



Azman turut memberitahu, Benjy, 37, yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkaitan dadah berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan kerana kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.



“Kita percaya mereka baru sahaja berpindah dari sebuah kawasan di MidValley, Kuala Lumpur ke daerah ini.



“Jika dilihat kelengkapannya, pusat pemprosesan baharu untuk syabu ini mampu memproses dadah sehingga 5 kilogram (kg) pada satu masa.



“Kita juga menemui dadah jenis syabu seberat lebih 1.3kg.



“Bagaimanapun, kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di sini semalam.



Anak lelaki tunggal kepada pelakon terkenal, Allahyarham Azean Irdawaty itu ditahan semasa menaiki sebuah kereta Honda Jazz dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Pagoh pukul 1.40 pagi kelmarin.



sumber

http://ift.tt/1C2EEFn
content.asp?y=2015&dt=0329&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm





from KeZooM http://ift.tt/1I7HERP

via Kezoom

malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.