Halloween party ideas 2015

Rempuh Pintu Masuk Agensi Keselamatan Negara, Seorang Maut Di Tembak | Dua orang cuba rempuh pintu masuk Agensi Keselamatan Negara berhampiran Washington pada Isnin sebelum pengawal menembak mati salah seorang daripada mereka menurut pegawai, lapor Reuters.






Dua orang itu yang berpakaian seperti wanita dan mungkin transgender, cuba untuk rempuh pintu masuk ibu pejabat,agensi pengintip Fort Meade, Maryland, kata seorang pegawai kanan Amerika Syarikat.



Motif mereka itu belum diketahui tetapi pegawai berkata kejadian itu tidak berkaitan dengan keganasan.



Seorang pegawai berkata penyiasat sedang mengkaji sama ada ia berkaitan dengan dadah ataupun tidak.



Kedua-dua mereka gagal mematuhi arahan pegawai polis untuk meninggalkan kawasan pintu pagar walaupun dihalang.



Maka seorang pegawai melepaskan tembakan apabila mereka enggan berhenti.



Kemudian kereta mereka merempuh kereta polis.



Salah seorang penumpang kereta meninggal dunia di tempat kejadian, dan punca kematian belum diketahui menurut kenyataan itu.



Seorang pegawai Polis NSA dan seorang penumpang kereta yang cedera dibawa ke hospital.



Biro Penyiasatan Persekutuan yang mengetuai siasatan kejadian ini berkata, “Kami tidak percaya insiden menembak ini berkaitan dengan keganasan.”



NBC News, memetik sumber yang tidak dinamakan, sebagai berkata kedua-dua suspek telah menggunakan kereta yang dicuri.



Ia dilaporkan pistol dan dadah dijumpai di dalam kenderaan itu.



sumber

http://ift.tt/1BG9pw6





from KeZooM http://ift.tt/1BG9pw8

via Kezoom

malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.