KISAH SETANGKI PETROL...
3.45 petang... Bandar Tiram..
Setelah usai kerja ku di HQ. Aku singgah di petrol kiosk untuk mengisi minyak. Setelah selesai, ada yang menghampiriku menaiki yamaha kapcai yang lampu signalnya senget sebelah.. ku ingat rakan lama.. tapi bukan.
Ternyata beliau kehabisan minyak... memohon jasa baik ku untuk mengisi minyak beliau yg kekeringan.
Baiklah kataku, isi lah minyak. Aku ke kaunter untuk isikan minyak. "Penuhkan Tangki" kataku.. setelah itu aku terpandang dua kanak2 lelaki bersama beliau, anggaranku seumur dengan danish dan danial anak2 ku.
Aku bertanya pada sang ayah. "Nak kemana dan dari mana" jawap si ayah "saya dari felda bukit besar, nak ke HSA. Orang rumah emergency nak bersalin tak cukup bulan dan dibawa menaiki ambulan" .
Jadinya 3 beranak ni menaiki motor usang tersebut dari felda ke HSA? Allah.. panas cuaca hari ini.. aku mengajak anak2 dia masuk kedalam kiosk.
"Jom acik belikan air" aku tanyalah pada budak2 tuh apa jadi untuk pengesahan. Memang betul seperti apa yang diceritakan oleh ayah mereka... dan mereka belum makan dan minum... aku suruh mereka ambil apa yang mereka nak. Ambilkan untuk ayah dan ibu skali.. dengan penuh senyuman mereka menuju ke peti ais mengambil air..haus sangat agaknya... yelah budak2.. aku teringat anak2 aku yang asyik nak beli air kalau isi minyak.hahaaah. ..
Selesai semuanya aku berjumpa kembali ayahnya..bertanyakan lagi cerita beliau... rupa2nya.. beliau bergerak dengan tanpa sesen pun ditangan...allah... hanya berserah... kerana isteri hendak melahirkan.. takpalah kataku.
Aku dah isi minyak penuh tuh.. aku jeling ke meter rm6.25 sen sahaja.. dan aku bagi lagi kat dia untuk belanja ke hospital.. dan mereka menyambung perjalanan.. tersentuh hati aku.. dikala cuaca yang panas mengila.. mereka 3 beranak naik motor kapcai...tanpa sesen ditangan... macamana nak minum? Makan? Isi minyak? Belikan air dan roti pada sang isteri? Allah... teringat dulu sewaktu kecil aku pergi ke hsa bersama ayahku menaiki bas dan berjalan kaki dari PO ke hsa... melawat ibuku yg melahirkan adikku... terasa susahnya...
Moral of the story... kita sibuk dengan GST yang mengaut berjuta rm sehari... sedangkan ada insan yang masih susah rupanya.. aku teringat artikel dari satu page mengatakan Kerajaan telah mencapai sasaran membantu asnaf dan fakir... tercapaikah sasaran itu..
Dan aku terfikir... susah2 aku.. rupanya ada insan yang lebih susah lagi.. aku faham perasaan si ayah dikala anak2 beliau kehausan tanpa sesen ditangan... allah..
Semoga allah melindungi keluarga tersebut dan permudahkan urusan mereka...
sumber
http://goo.gl/BoC5Mt
from KeZooM http://ift.tt/1Gz5xQ9
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself