Juruwang Silap Tekan Harga, 5 Biji Bendi Berharga RM20 | Gara-gara mengenakan bayaran RM20 untuk lima bendi, sebuah restoran nasi kandar terkenal di Bukit Jambul, di sini, diberikan notis penjelasan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Notis berkenaan dikeluarkan selepas pemeriksaan ke atas restoran itu dilakukan anggota penguatkuasa KPDNKK, kira-kira jam 11 pagi semalam, susulan isu berkenaan menjadi viral dalam laman sosial.
Timbalan Ketua Penguatkuasa KPDNKK Pulau Pinang, Chin Ching Chung berkata, notis dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi memberi peluang kepada peniaga mengemukakan penjelasan dalam tempoh tiga hari sebelum tindakan penguatkuasaan diambil.
Menurutnya, perkara itu masih dalam siasatan dan pihaknya dimaklumkan ia adalah kesilapan teknikal dan jika benar peniaga terbabit perlu buktikan.
"KPDNKK akan membuat pemantauan terhadap harga makanan restoran nasi kandar di seluruh negeri ini secara berterusan.
“Kita akan melaksanakan pemantauan lebih ketat bagi memastikan pengguna tidak tertipu dengan peniaga yang mahu mengaut keuntungan berlebihan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Original Penang Kayu Nasi Kandar Sdn Bhd, pemilik rangkaian Restoran Kayu Nasi Kandar (RKNK) Burhan Mohamed berkata, sebiji bendi sebenarnya dijual pada harga 40 sen dan menyifatkan isu itu sebagai salah faham.
“Juruwang tersilap, sepatutnya hanya RM2 bukannya RM20. Saya minta maaf dan kesilapan teknikal sebegini memang sangat jarang berlaku,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya sudah meminta pelanggan berkenaan tampil membuat tuntutan bayaran balik menerusi laman Facebook, namun belum menerima sebarang maklum balas setakat ini.
“Kami tidak tahu siapa pelanggan itu. Mereka bayar dan pergi. Jika berlaku lagi salah faham sebegini kami mohon pelanggan terus minta penjelasan daripada pihak pengurusan. Oleh itu, kita minta pelanggan berkenaan kembali ke restoran dan kami akan memulangkan semula wangnya,” katanya.
sumber
http://ift.tt/1FSOCha
http://ift.tt/1HtC0YK

from KeZooM http://ift.tt/1cXpJ6K
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself