Tanggapan bahawa dokumen yang dibocorkan bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Justo, telah diubahsuai dibuat berdasarkan andaian yang logik.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pihaknya tidak dapat membuat andaian lain selain ianya telah diubahsuai kerana dokumen perjanjian antara PetroSaudi dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu datang dari Justo sendiri.
"Mudah sahaja... individu yang ditahan ialah Xavier Justo, dan dokumen dilihat bersamanya. Jadi kita tak dapat buat andaian lain selain dia yang membuat pengubahsuaian itu," kata beliau pada sidang media selepas pelancaran pameran GPEC Asia 2015, pada Isnin.
Katanya, sudah tentu pihak berkuasa Thailand tidak akan terlebih dahulu membuat spekulasi bahawa dokumen itu telah ditokok tambah kerana ianya masih dalam siasatan dan mereka yang menjalankan siasatan tersebut.
Namun, kata Wan Junaidi, segala hasil kertas siasatan akan hanya dikemukakan di mahkamah demi menjaga kredibiliti siasatan itu sendiri.
"Dan sudah tentu apa yang kami (kerajaan) lakukan dan katakan adalah berdasarkan andaian logik bagaimana sesuatu perkara itu boleh berlaku," katanya.
Selain itu, katanya semua pihak akan mengetahui kebenaran di sebalik isu 1MDB hanya selepas ianya selesai disiasat Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata kerajaan tidak ada kuasa untuk menghalang terus media daripada membuat spekulasi.
"Orang masih membuat tuduhan terhadap kerajaan sepanjang masa pun, termasuk spekulasi. Media arus perdana, media sosial masih berjalan.
"Saya tidak rasa kerajaan ada kuasa untuk untuk betul-betul menghalang media dari membuat spekulasi tentang apa yang mereka hendak katakan. Ia masih berjalan dan kerajaan tidak akan melarang media... itu janji kerajaan pada 1993 dan dasarnya tetap sama," katanya.
Ditanya mengenai amaran oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menarik balik lesen percetakan akhbar The Edge kerana didakwa menyiarkan berita palsu, beliau berkata itu bergantung kepada keputusan kementerian berdasarkan siasatan.
Beberapa akhbar pada Rabu melaporkan Justo ditahan polis Thailand atas tuduhan memeras ugut PetroSaudi, dan membocorkan emel di antara PetroSaudi dan 1MDB.
Selain itu, KDN juga difahamkan berdasarkan siasatan forensik, sebahagian daripada emel dan dokumen yang disiarkan di portal Sarawak Report sudah diubah atau disunting selepas dicuri dari pengkalan data Petrosaudi.
Tanggapan itu dibuat selepas siasatan awal oleh firma sekuriti siber, Protection Group International (PGI) lapor AstroAwani
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1GJtK61
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself