BSN Nafi Duit ATM Keluar Tiba-Tiba : Bank Simpanan Nasional (BSN) menafikan dakwaan mesin pengeluaran wangnya di BSN cawangan Jalan Tun Razak, Alor Setar mengeluarkan wang sebanyak RM500 secara tiba-tiba.
BSN dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan telah menjalankan siasatan yang terperinci terhadap perkara berkenaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Nerang, Kedah.
“Hasil siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup (cctv) mendapati bahawa masalah itu timbul disebabkan oleh kecuaian seorang pelanggan tertinggal kad pintar BSN miliknya secara tidak sengaja selepas membuat transaksi pemindahan wang. Akibatnya individu lain mengambil kesempatan mengeluarkan wang menerusi mesin yang sama,” katanya.
Jelas kenyataan itu, BSN menegaskan bahawa setiap ATM BSN dilengkapi oleh sistem keselamatan yang tinggi dan selamat untuk digunakan oleh para pelanggan BSN.
"Di samping itu, kami juga ingin menasihati setiap pelanggan kami agar sentiasa peka dengan penggunaan kad ATM ketika menjalankan transaksi perbankan di mesin-mesin ATM mahupun di kaunter-kaunter BSN berdekatan anda.
"BSN juga berharap agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan laporan yang tidak sahih mengenai perkara ini dan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di talian 1-800-88-1900 sekiranya terdapat sebarang kesulitan atau sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan dan produk kami.
"BSN menghargai maklum balas dari orang ramai dan akan terus menyediakan akses perbankan yang mudah, selamat dan selesa untuk semua pelanggan kami," menutut kenyataan itu.
sumber
http://ift.tt/1SHgpSx

from KeZooM http://ift.tt/1MOiQB9
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself