Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Kata Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin menganggap kabinet terkini yang dibentuknya baik untuk kerajaan, namun rakyat tidak berkongsi pendapat itu.. 

"Saya rasa perdana menteri berfikir ia adalah kabinet yang lebih baik.

"Tapi saya baca blog-blog, komen Facebook dan saya tak nampak (rakyat berfikir) begitu. Kalau kamu baca semua ini kamu akan tahu apa yang rakyat fikir," katanya.

Itu kata Mahathir.. dia mungkin banyak membaca Blog-blog dan komen-komen di Facebook milik penyokong Pembangkang.. cuba dia baca Blog dan komen dalam Facebook macai tengok..

Najib itu adalah Presiden UMNO yang terbaik dalam dunia.. tiada Presiden UMNO yang dilantik sebagai Perdana Menteri lebih baik dari Najib.

Disamping menjadi Perdana Menteri, kehebatannya sebagai Menteri Kewangan juga amat terserlah.. buktinya nilai RM berbanding Dollar US kini sedang menghampiri CGPA Ahmad Maslan.. Mahathir boleh buat ke macam tu?

Pasal Kabinet pula.. rombakan kabinet Najib baru-baru ini memanglah untuk menjadikan Kabinet itu lebih baik.. jadi untuk menjadikannya Kabinet yang baik untuk Najib hanya manusia-manusia yang pandai bodek diirinya perlu diletakkan..

Contohnya macam dia ni...

Pendedahan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa sejumlah RM2.67 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukanlah isu besar, kata Datuk Seri Azalina Othman Said. 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata tiada salahnya seseorang menerima pemberian wang sebanyak itu asalkan mendapat kebenaran penerima dan tidak menafikan hak mereka yang patut menerimanya. 
“Bagi saya kalau orang derma duit kat saya suruh jaga anda semua dan simpan atas nama saya, itu hubungan saya dengan penderma… apa salahnya. 
“Kecuali orang kata, ‘Datuk saya derma duit ini untuk Umno, untuk Parlimen, untuk NGO’, saya kena ikut cakap penderma. 
“Dalam isu duit (RM2.67 bilion), saya tak melihatnya sebagai isu besar… bagi saya itu budi bicara orang yang derma duit,” katanya seperti dilaporkan akhbar Berita Harian hari ini.
Muhyiddin dalam satu klip video yang dibocorkan ke Internet berkata Najib mengakui RM2.67 bilion dimasukkan ke akaun banknya. 
Dalam video itu, Muhyiddin kelihatan sedang memberitahu tetamu di rumahnya, beliau bersemuka dengan Najib berhubung laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai wang AS$700 juta (RM2.67 bilion) daripada syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa didepositkan ke akan peribadi perdana menteri itu. 
Dalam video itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilihat duduk bersebelahan Muhyiddin. 
Mengulas mengenai tersiarnya video itu, Azalina berkata kesetiaan dan iltizam Muhyiddin untuk memperkukuhkan Umno selepas digugurkan daripada Kabinet boleh dipertikaikan. 
“Saya rasa agak sedih, sepatutnya kalau ada masalah bincanglah, kita ini orang parti. 
“Saya tidak faham, siang kata nak beri sokongan padu, malam keluar video,” katanya dipetik sebagai berkata. 
Ditanya mengenai sama ada tindakan boleh diambil kepada Muhyiddin kerana dianggap mengkhianati parti, Azalina berkata tiada mana-mana ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang memiliki imuniti. 
“Bagi saya, sesiapa pun boleh dipecat kalau dia mengkhianati parti. Dia perlu dipecat. Saya tidak tahu lagi (sama ada Muhyiddin mengkhianati parti), tak tahu hari ini dia buat apa, esok lusa (mungkin) dia bakar bendera Umno ke, tak tahu. 
“Yang saya tahu sesiapa pun termasuk saya boleh dikenakan tindakan disiplin kerana tiada imuniti sebagai timbalan presiden atau ahli majlis tertinggi,” katanya kepada akhbar itu lapor The Malaysian Insider 

RM2.6 Billion bukan isu besar?.. kalau macam tu lepas ni kita mungkin dengar skandal yang melibatkan Trillion pulak la..

Lagi cepat melingkuplah negara kalau semua Menteri macam ni...



from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1KDm6lq

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.