Halloween party ideas 2015

MH370: Laporan Awal Serpihan Sayap Mungkin Dari Boeing 777 - Najib Razak
 ok | Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata laporan awal menunjukkan serpihan yang ditemui di Pulau La Reunion di timur Madagascar di Lautan Hindi semalam berkemungkinan besar daripada Boeing 777 tapi perlu disahkan ia adalah daripada pesawat MH370. 

Laporan Awal Serpihan Sayap Mungkin Dari Boeing 777 - Najib Razak

"Pada tahap ini adalah terlalu awal untuk membuat spekulasi," kata Najib dalam di akaun Facebooknya. 

Perdana Menteri berkata, bagi memastikan perkara itu secepat yang mungkin, serpihan itu akan diterbangkan ke Toulouse, Perancis di mana terletaknya pejabat BEA, iaitu pihak berkuasa yang bertanggungjawab menyiasat nahas udara. 

Perdana Menteri berkata, satu pasukan Malaysia yang mengandungi wakil kanan Kementerian Pengangkutan, Jabatan Penerbangan Awam, pasukan penyiasat MH370 dan Penerbangan Malaysia (MAS) sedang dalam perjalanan ke Toulouse. 

Katanya, pada masa sama satu lagi pasukan Malaysia akan ke Pulau La Reunion di mana serpihan itu ditemui. "Lokasi itu sejajar dengan analisis hanyutan yang diberikan kepada pasukan penyiasat Malaysia, iaitu yang menunjukkan laluan dari selatan Lautan Hindi ke Afrika," katanya. 

Najib juga berjanji kepada keluarga dan waris mereka yang berada dalam pesawat berkenaan bahawa kerajaan tidak akan berputus asa dalam usaha mencari pesawat berkenaan. 

Katanya, kerajaan akan mengumumkan sebarang maklumat baharu atau pengesahan yang diperoleh berhubung pencarian MH370. "...demi keluarga yang kehilangan orang tersayang dan menderita ketidaktentuan yang memeritkan, saya berdoa agar kita menemui kebenaran supaya mereka mendapat ketenangan," tambahnya. 

sumber
http://ift.tt/1Mw1ZVJ


from KeZooM http://ift.tt/1SP8r9P
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.