Ini adalah kenyataan pertama yang terpacul daripada mulut Dr. Mahathir selepas Perdana Menteri Najib Tun Razak menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Dalam rombakan yang dibuat pada Selasa lalu, Najib menjelaskan tindakan itu dibuat selepas Muhyiddin mempersoalkan pembabitannya secara terbuka dengan skandal itu.
Sebelum ini, Dr Mahathir secara lantang mengkritik kerajaan berhubung skandal yang berlaku dalam syarikat pelaburan milik negara itu.
Bahkan beliau mendesak Najib yang juga Pengerusi Lembaganya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas 1MDB terjebak dengan masalah hutang yang membebankan negara.
Tun Dr Mahathir Mohamad enggan memberi komen mengenai isu yang selama ini menjadi sasaran kritikannya - 1MDB.
Namun, di sebalik keengganan itu bekas perdana menteri tersebut tetap dengan sifat sinisnya.
Ditanya wartawan mengenai isu itu, Dr Mahathir berkata, bercakap mengenai 1MDB kini adalah "suatu jenayah".
"Saya cuma nak beri amaran kepada anda, saya tak boleh memberi komen mengenai 1MDB kerana bercakap mengenai 1MDB kini suatu jenayah," katanya.
Ditanya sama ada beliau sudah melihat klip video menunjukkan Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat kenyataan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengaku menerima dana RM2.6 bilion, Dr Mahathir menjawab: "Ya".
"Semua orang sudah melihatnya, tapi Najib tidak pernah menafikan (beliau) menerima wang berkenaan.
"Tapi saya tak sepatutnya bercakap mengenai itu. Ia kini haram. Saya tak cakap apa-apa ya," katanya lapor MalaysiaKini
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1UbkKA4
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself