KUALA LUMPUR - Pas menasihatkan BN supaya tidak takut pada baju Bersih sebaliknya kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kegawatan ekonomi lebih menakutkan.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dalam situasi sekarang, sebarang tindakan kurang bijak dari kerajaan hanya akan menambah kemarahan rakyat.
"Kerajaan BN tidak perlu takut pada baju. Yang lebih menakutkan sekarang ialah kredibiliti Perdana Menteri dan kegawatan ekonomi negara serta keyakinan pelabur terhadap Malaysia kerana imej Najib yang sudah hancur.
"Rakyat kini kian tersepit. Percayalah dalam keadaan ini, sebarang tindakan bodoh hanyalah akan menambah kemarahan rakyat," katanya melalui kemaskini status di Facebook, hari ini.
Semalam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan baju Bersih 4.0 atau penerbitan berkaitan perhimpunan ini.
Dalam kenyataan sama, beliau mendakwa kemungkinan tindakan Menteri KDN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri itu sebagai satu tindakan sabotaj Najib.
"Terfikir juga apakah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang mensabotaj Najib dengan tindakan mengharamkan baju Bersih 4.0?
"Mengapa Najib dan Kabinetnya tidak mahu mendengar nasihat adik Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak yang menasihatkan kerajaan untuk henti melakukan perkara bodoh sebagai langkah pertama menstabilkan ekonomi," katanya. - SH
from Lagi Berita http://ift.tt/1IscG54
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself