Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Langkah ini dikhuatiri memberi kesan kepada kerajaan Malaysia kerana penjualan aset Edra kepada entiti asing bermakna pertama kali dalam sejarah industri strategik negara, aset jana kuasa dimiliki orang asing. 

Bila dijual kepada firma asing maka tariff elektrik ditentukan oleh mereka.. nak naikkan atau turunkan ikut suka depa laa..

Yang menjadi mangsa ialah pengguna bukan macai.. (macai tak terkesan sebab selama ini mereka dikatakan dikecualikan dari sebarang kenaikkan kos)..

Selain itu penjualan Edra kepada entiti asing akan menutup peluang kepada vendor-vendor tempatan termasuk Bumiputera yang telah berjaya dibimbing selama ini.

Menariknya persoalan ini dibangkitkan oleh Lidah Rasmi UMNO..

Bacalah!

1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijangka mengumumkan satu daripada tiga firma asing sebagai pemenang bida untuk mengambil alih 13 aset tenaga Edra Global Energy Berhad miliknya yang bernilai RM10 bilion atau AS$2.3 bilion, dalam usaha mengurangkan hutang piutang syarikat tersebut. 
Sumber industri berkata, firma tenaga berpangkalan di Arab Saudi, ACWA Power International dan Pihak Berkuasa Pelaburan Qatar dikatakan berada di hadapan dalam senarai empat pembida, bersama satu lagi entiti asing dan juga firma tenaga tunggal dari Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB). 
“Keputusan itu dijangka diumumkan secara rasmi selewat-lewatnya awal Oktober ini iaitu minggu depan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 
Sumber industri bagaimanapun, melahirkan kebimbangan keputusan menjual kepada entiti asing boleh memberi implikasi sebaliknya terhadap 1MDB yang kini bergelumang dengan pelbagai kontroversi dan persepsi. 
“Sebanyak 15 peratus aset Edra merupakan loji janakuasa tempatan dan dengan kepentingan menyediakan bekalan elektrik yang lancar ke seluruh negara, ia adalah dalam kepentingan negara bahawa aset-aset itu kekal dikuasai entiti Malaysia, bukan dijual kepada entiti asing,’’ katanya. 
Malah ujar sumber industri, langkah ini dikhuatiri memberi kesan kepada kerajaan Malaysia kerana penjualan aset Edra kepada entiti asing bermakna pertama kali dalam sejarah industri strategik negara, aset jana kuasa dimiliki orang asing. 
“Bila dikuasai oleh orang asing, siapa dapat membendung kemungkinan harga lebih tinggi jika bukan para pengguna iaitu rakyat Malaysia?,’’ soalnya lagi. 
Lebih membimbangkan ujar sumber industri itu lagi, penjualan Edra kepada entiti asing akan menutup peluang kepada vendor-vendor tempatan termasuk Bumiputera yang telah berjaya dibimbing selama ini. 
1MDB pada asalnya, mengumumkan rancangan untuk menyenaraikan perniagaan tenaganya pada Julai 2014, untuk menjana dana sebanyak RM11 bilion. 
Sebahagian daripada dana itu bertujuan untuk membayar balik hutangnya yang menggunung kepada RM42 bilion setakat 31 Mac 2014. 
Menurut laporan, 1MDB ha­­rus memba­yar antara RM2.4 bilion hingga RM2.7 bilion setahun dari segi faedah pinjaman. 
Rancangan tersebut bagaimanapun, telah dibatalkan dengan 1MDB memutuskan untuk menjual kepentingannya dalam Edra. 
Aset Edra terdiri daripada lima loji jana kuasa tempatan dan lapan antarabangsa termasuk di Bangladesh dan Mesir selain merupakan yang kedua terbesar di Malaysia selepas Malakoff Corp Bhd.

Syarikat kerajaan itu juga mempunyai asetnya di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan di Pakistan menerusi syarikat usaha sama. 
Keseluruhannya Edra memiliki kapasiti penjanaan tenaga sebanyak 5,500 MegaWat yang dianggarkan bernilai RM10 bilion oleh bank-bank. 
1MDB sebelum ini telah menandatangani Perjanjian Pembelian dan Penjualan Saham (SSPA) dengan TNB untuk mengambil alih 70 peratus kepentingan di dalam Jimah East Power Sdn. Bhd. (JEP), yang dimiliki 1MDB dengan nilai RM46.98 juta lapor Utusan





from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1gMgJD4

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.