PELABUHAN KLANG - Polis sedang memburu individu yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di perhimpunan Bersih 4.0 hujung minggu lepas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu-individu yang memijak gambar berkenaan segera salurkan kepada polis supaya kita dapat ambil tindakan tegas terhadap mereka," katanya.
Perlakuan memijak gambar pemimpin jelas bukan budaya rakyat Malaysia tetapi ia dilihat cuba dijadikan sebagai budaya oleh penganjur dan peserta demonstrasi itu, katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Pasukan Polis Marin ke-68 di markas operasi pasukan itu di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai gambar beberapa individu memijak gambar Najib dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada perhimpunan Bersih 4.0 yang tersebar luas di laman sosial. - SH
from Lagi Berita http://ift.tt/1KJRSwg
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself