Orang kuat di sebalik himpunan baju merah 16 September lepas, Datuk Jamal Md Yunos, ditahan polis Ampang Jaya malam ini.
Setiausaha beliau, Durrany Izam memberitahu, Jamal dipercayai ditahan bagi membantu siasatan polis mengikut Akta Hasutan.
Sebelum itu ketika ditemui media sebelum memberi keterangan kepada polis, Jamal sekali lagi menegaskan beliau tidak akan hadir dalam protes yang didakwa akan berlangsung di Jalan Petaling esok.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata, beliau masih lagi berada dalam suasana sambutan Hari Raya Aidilada.
Justeru, kata Jamal esok dia perlu menghadiri banyak program menyembelih korban di kawasannya.
"Esok saya di Sungai Besar. Masih lagi sambutan raya, esok ada lagi acara korban. Jadi saya langsung tidak akan terlibat dalam perhimpunan esok. Saya tidak akan hadir," katanya kepada pemberita di depan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya malam ini lapor Malaysiakini
Dan Astro Awani melaporkan Jamal ditahan Polis di bawah Seksyen 105 Kanun Keseksaan berkaitan perhimpunan di Petaling Street esok..
KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos ditahan pada jam 9 malam tadi di IPD Ampang Jaya di bawah Seksyen 105 Kanun Keseksaan berkaitan perhimpunan di Petaling Street esok.
Dalam satu kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, Jamal ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan.
Di bawah Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah ini memberi kuasa penuh kepada polis untuk menangkap dan menahan sesiapa sahaja yang terlibat bagi mencegah jenayah daripada berlaku.
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1KDqxHa
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself