SHAH ALAM - Penemuan sebuah kereta Proton Perdana yang ditemui rentung terbakar pagi tadi dikawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak, Hilir Perak menyukarkan siasatan polis kerana nombor casis dan nombor enjinnya telah dipadamkan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, setakat ini belum ada sebarang perkembangan positif berhubung penemuan kereta berkenaan.
“Kereta yang dijumpai di Hutan Melintang itu tidak ada nombor casis dan nombor enjin untuk dikenal pasti.
“Dua nombor berkenaan telah dikikis,” katanya.
Ditanya mengenai kerjasama dengan polis Perak, Zainuddin berkata, polis Kuala Lumpur juga telah memaklum kepada semua negeri berhubung kejadian itu.
Polis hari ini menerima laporan mengenai kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Anthony Kelvin Morais, 50-an sejak Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R.Munusamy berkata, laporan dibuat oleh abangnya Datuk Richard Morais pada jam 7 malam tadi di Balai Polis Jinjang.
Berita kehilangan Kelvin juga menjadi viral di media sosial selepas beberapa ahli keluarganya merayu orang ramai membantu menyalurkan maklumat untuk mengesannya. - SH
from Lagi Berita http://ift.tt/1EJwDcB
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself